Pages

Friday 15 February 2013

KHIDMAT GUAMAN PERCUMA

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menawarkan khidmat itu atas dasar kemanusiaan dan demi memperjuangkan hak dan kebajikan petugas KUIN.

Isu kebajikan petugas

Beliau mengikuti dengan dekat isu kebajikan petugas KUIN yang teraniaya akibat kelemahan pengurusan tertinggi kolej sehingga terpaksa mengadakan demonstrasi, membuat laporan polis dan terbaru mengadu kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bagi menuntut gaji bulanan yang sering dibayar lewat sejak setahun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Selain lewat dibayar gaji, Shahrizat berkata, petugas juga berdepan masalah membabitkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan Lembaga Tabung Haji dan ansuran bank.

Beliau turut menyelar kegagalan dan sikap membisu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dilihat sengaja lepas tangan dalam isu hak dan kebajikan petugas KUIN.

Pengurusan tidak peka

“Ini membuktikan pengurusan tertinggi KUIN bukan saja tidak peka dengan nasib kakitangan mereka, malah tiada niat mahu menyelesaikan isu berkenaan.

“Pengurusan tertinggi KUIN sebaliknya mahu menggunakan tindakan tata tertib bagi menutup mulut kakitangan yang berjuang mendapatkan hak dan kebajikan mereka,” dakwa Shahrizat.

Minggu lalu, seorang petugas KUIN membuat laporan kepada JTK berhubung dakwaan pecah amanah di kolej universiti.