Pages

Saturday 2 February 2013

KPT PERLU SEMAK PENUBUHAN KUIN DAN ANAK SYARIKAT DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)



Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu menyamak status anak2 syarikat Kuin dengan pihak SSM kerana ketika ini pihak SSM masih menunggu laporan terutama laporan kewangan anak2 syafrkat Kuin yg tidak pernah dihantar sepanjang penubuhan mereka selama hampir 5 tahun.

Pihak SSM telah berhubung dengan para pegawai di Holding termasuk Jamil sendiri tapi tiada siapa yg mahu bertanggungjawab terhadap perkara ini. Inikah yg dikatakan anak2 syarikat Kuin yg dipimpin oleh mereka yg profesional dan cekap dalam perniagaan.

Katanya pihak SSM akan mengambil tindakan bila2 masa terhadap anak2 syarikat Kuin. Ini bermakna Kuin akan menampung segala kos yg bakal dikenakan terhadap anak2 syarikat.

Kalau untung mengapa takut utk serahkan laporan kewangan kpd SSM.  Inilah yg terjadi di Kuin yg menyebabkan ktgn Kuin terpaksa menanggung beban spt tidak dinaikan gaji, tidak dpt bonus dan potongan gaji tidak dibayar kpd pihakbank.