Pages

Sunday 3 February 2013

LAGI BUKTI KRISIS KEWANGAN KUIN MEMUNCAK : GAGAL LUNASKAN BAYARAN KUARTES KEPADA PPD KOTA SETAR 6 BULAN

Selepas perasmian Kuala Ketil , KUIN nampak akan semakin parah buktinya apabila KUIN sehngga saat ini masih gagal melunaskan bayaran tertunggak selama 6 bulan bermula September 2012 kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar atas penggunaan dan penyewaan bangunan kuartes guru di Seberang Perak.

Kuartes guru Seberang Perak  yang didukui oleh seramai 140 orang kakitangan KUIN itu menempatkan kakitangan pentadbiran dan akademik KUIN termasuk Timbalan-timbalan rektor iaitu Pakya Man dan Wan Su.

Semua kakitangan telah membayar kadar sewa kepada pihak KUIN mengikut gred bermula RM 80.00 sehingga RM 200.00 namun persoalannya kenapa pihak KUIN tidak menggunakan duit yang telah dibayar oleh penghuni  kepada pihak PPD Kota Setar. kemanakah perginya duit-duit tersebut? Sedangkan caj yang dikenakan oleh pihak PPD hanyalah RM 75.00 sahaja seorang .

Menurut sumber pihak PPD telah menghantar seutus surat tuntutan membayar hutang KUIN tertunggak tersebut  kepada Jamil, namun Jamil tidak memberikan respon. Bahkan masing-masing menuding jari hanya kerana Jamil telah melingkupkan wang KUIN untuk kepentingang Jamil dan kroninya