Pages

Friday 8 February 2013

AL FATIHAH : SOOKEEFLIE , PENSYARAH KUIN PPU KEMBALI KE RAHMATULLAH

8 Februari (Jumaat) - Seluruh warga KUIN dan kepimpinan gerakan BERSIH KUIN mengucapkan takziah kepada keluarga Soolkeeplee Sahdeemae (Zulkifli) yang telah kembali kerahmatullah pada tengahari tadi jam 1 pm di kampungnya di Yala Thailand

Allayarham yang meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak itu berkhimat di Pusat Pengajian Umum KUIN dalam bidang Pengajian Islam. Jenazah dikebumikan di sebelah malam pada hari yang sama di kampung beliau di Yala , Thailand. Allahyarham meninggal kerana sakit dalaman .

Kenangan yang mencuit hati warga KUIN ketika Allayarham berani dan lantang bersuara ketika Kursus Pengurusan Stress 2012 di Dewan Besar KUIN, dan ketika itu pengacara majlis , En Asri menyatakan iras wajahnya dan pemakaian kopiahnya seakan-akan YB Zulkifli Nordin AP Kulim Bandar Bharu.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan digolongkan dikalangan ahl syurga ... AL FATIHAH