Thursday, 28 February 2013

KENAPA INSANIAH HOLDINGS PERLU DITUTUP SEGERA



Punca utama KUIN mengalami krisis yang teramat sangat parah adalah  samaada dalam kurapsi pengurusan, pentadbiran, kewangan  dan penyelewengan adalah disebabkan kepimpinan tertinggi KUIN yang diterajui oleh Jamil sebagai Rektor dan Azizan sebagai Pengerusi gagal melaksanakan kepimpinan Islam menerusi Sidiq, Amanah, Fatonah dan Tabligh. Mereka perlu takutkan pada Allah. 

Jika mereka buat kerja kerana manusia , dunia dan kuasa beginilah jadinya.

Mereka mewujudkan anak-anak syarikat KUIN yang sebenarnya mempunyai agenda tertentu bukanya untuk berniaga dan mendatangkan keuntungan kepada KUIN.

Dengan wujudnya anak-anak syarikat seperti Insaniah Holdings Sdn Bhd, Insan Maya Sdn Bhd, Insan System Sdn Bhd, Insan Hospitality sdn Bhd, Insan Medic Sdn Bhd dan Sekolah Insan Bestari Sdn Bhd , telah menyebabkan KUIN mengalami masalah kewangan yang sangat buruk dalam sejarah KUIN sejak penubuhannya pada tahun 1995.

Penubuhan anak-anak syarikat KUIN langsung tidak mendatangkan faedah dan keuntungan kepada KUIN bahkan menjadi penyebab utama krisis kewangan KUIN

Insaniah Holdings Sdn Berhad langsung tidak menjana kewangan dan keuntungan bahkan setiap bulan hanya tahu menagih simpati, mengambil dan menggunakan  wang milik KUIN yang mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri sebanyak 15 juta setahun  yang juga merupakan wang rakyat.

Buktinya pada tahun 2011 pihak Insaniah Holdings telah menggunakan duit KUIN sebanyak RM6 juta.

Pada tahun 2012 kadar emolumen dan perbelanjaan Insaniah Holdings Sdn Bhd yang menggunakan wang KUIN naik mendadak 2 kali ganda iaitu  sebanyak RM12 juta (tidak termasuk perbelanjaan lain sperti sewa kampus, ultiliti, perjalanan dan lain-lain) sedangkan pendapatan Insaniah Holding daripada Yuran Pengajian yang diambil daripada pelajar yang berada di bawah Kuliah yang ditadbir oleh Insaniah Holdings hanya sbanyak 3.5 juta sahaja (2012). Itu pun kalau dicampur dengan kos yang mereka ambil untuk yuran akses internet pelajar sebanyak lebih kurang 360,000.00 setahun baru tak sampai 4 juta setahun

Bayangkan dengan kadar operasi Insaniah Holdings yang sangat tinggi dan setiap bulan buat memo minta duit KUIN untuk bayar gaji kakitangan Insaniah Holdings, sudah pastilah kewangan KUIN akan menjadi huru hara , lintang pukang.

Kecelaruan di dalam Insaniah Holdings dan anak-anak syarikat KUIN mungkin saya boleh gambarkan dari 9 aspek  :


1.KUIN tidak sepatutnya menyerahkan kuliah-kuliah yang menjalankan program-program akademik  sesebuah Universiti diletakkan di bawah anak-anak syarikat seperti menubuhkan Insan Medic untuk menjalankan program Ijazah kedoktoran , menubuhkan Insan Hospitality untuk menjalankan program diploma perhotelan  , menubuhkan Insan Maya untuk menjalankan program diploma dan ijazah multimedia dan kretiviti dan menubuhkan Insan fasih untuk menjalankan program pusat bahasa  . Kesemua program yang saya sebutkan tadi sepatutnya dijalankan oleh KUIN di bawah Jabatan Hal Ehwal Akademik, bukan anak syarikat supaya kredibiliti akademik lebih terjamin dan terpelihara.

2.Kewujudan anak-anak syarikat KUIN yang hanya menjalankan program akademik adalah salah di sisi Kementerian Pengajian Tinggi kerana perlantikan pensyarah kepada semua kuliah di bawah KUIN sepatutnya dibuat oleh KUIN bukan anak syarikat.

3.Anak syarikat sepatutnya berniaga dan cari duit untuk KUIN bukan KUIN pulak yang kena cari duit untuk anak syarikat. Ini adalah sesuatu yang sangat korap

4.Pihak exco Kerajaan Negeri Kedah pernah memanggil Jamil untuk membentangkan laporan pentadbiran dan kewangan di dalam mesyuarat exco mereka pada 5 ogos 2012 , namun sehingga kini Jamil gagal untuk membentangkan laporan tersebut , bahkan yang malangnya Azizan sendiri yang mempertahankan Jamil bila Jamil tidak membentangkan laporan kewangan tersebut. Jika benar-benar Azizan dan Jamil menjalankan amanah dengan integrity dan telus kenapa perlu takut untuk membentangkan masalah kewangan KUIN kepada barisan exco Kerajaan negeri Kedah. Bentanglah yang berfakta, Azizan kena telus jadi pemimpin.

5.Kewujudan Insan Medic Sdn Bhd yang menjalankan program Ijazah Perubatan sebenarnya memberikan  kesan yang sangat buruk kepada kewangan KUIN. Sehingga kini Insaniah Holdings sedang menanggung beban hutang bernilai jutaan ringgit kerana kos ubahsuai, pembelian peralatan dan lain lain sejak 2011. Kini pihak syarikat pembekal peralatan perubatan sudah mula menghantar notis tuntutan hutang . Jika Insaniah Holdings gagal, maka tindakan undang-undang akan diambil.

6.Antara faktor yang bahaya dalam pengurusan Insaniah Holdings ialah pengurus kewangannya dikemudikan oleh seorang yang pernah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Jika seorang yang pernah dijatuhkan hukuman kerana menipu (atau mudah sebut sebagai penjenayah)  menjadi pengawal kewangan Insaniah Holdings , maka kita boleh nilai sendiri bagaimanakah kredibiliti pengurusan syarikat tersebut.

7.Bila KUIN serahkan beberapa kuliah untuk diswastakan dan diberikan kepada Insaniah Holdings dan anak-anak syarikat KUIN , kakitangan akademik telah diarah tukar status perkhidmatan daripada pensyarah KUIN dipindahkan kepada  Insaniah Holdings Sdn Bhd . Malangnya pertukaran tersebut langsung tidak diberikan opsyen pertukaran dan tidak diberikan kenaikan tangga gaji bahkan kakitangan akademik yang bertukar majikan di bawah Insaniah Holdings Sdn Bhd mengalami masalah tunggakan bayaran gaji kepada pihak ketiga lebih teruk daripada apa yang dialami oleh kakitangan yang bernaung di bawah KUIN. Persoalannya di manakah hak sebagai seorang pekerja ? 

8.Sehingga kini langsung tidak ada apa-apa perjanjian atau MoU antara Insaniah Holdings Sdn Bhd dan KUIN berkaitan transaksi kewangan dan persetujuan perbelanjaan kewangan . Saya tak tahu mereka undang-undang mana dan pekeliling mana?

9.Pelantikan dan penetapan gaji Insaniah Holdings Sdn Bhd dibuat tanpa mengikut mana-mana pekeliling atau SOP  sehinggakan mereka boleh letak gaji ikut suka mereka , ada yang dapat hampir 40,000.00 sebulan , ada yang 20,000.00 sebulan. Bahkan gaji kakitangan Insaniah Holdings 3 kali ganda daripada gaji kakitangan KUIN, sedang mereka bayar gaji guna duit KUIN. Macamana KUIN tak lingkup .

Oleh itu kami kakitangan KUIN mendesak agar Azizan menutup segera semua operasi anak-anak syarikat KUIN jika benar Azizan ikhlas mahu bantu warga kerja KUIN kerana penubuhan anak syarikat ini telah dipersetujui oleh Azizan sendiri di dalam mesyuarat lembaga pengarah KUIN.

Petikan daripada kenyataan akhbar BERSIH KUIN yang disampaikan oleh ,
Muhammad Azki Hafizi Bin Ibrahim