Pages

Monday 18 February 2013

PINTU RUNDINGAN DITUTUP JAMIL :KRONOLOGI ISU KEBAJIKAN KUIN YANG DIABAIKAN




Awal Mei 2012
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), sebuah jawatankuasa yang mewakili semua lapisan kakitangan pelbagai gred  jawatan telah bermesyuarat dan bersetuju untuk mengemukakan memorandum tuntutan penyelesaiaan hal berkaitan kebajikan KUIN kepada Rektor KUIN.
14 Mei 2012 
Pihak wakil kakitangan KUIN telah bertemu dengan YAB MB Kedah di Kediamannya di Jalan Sultanah jam 8.50 malam. Seramai 6 orang kakitangan KUIN menyertai pertemuan tersebut bagi menjelaskan isu yang sebenar yang berlaku di dalam KUIN.
20 Mei 2012
Pihak kakitangan menerusi MBJ telah pun mengemukakan surat dan memorandum tuntutan penyelesaian hal berkaitan kebajikan KUIN . Memorandum tersebut disampaikan kepada Rektor KUIN dan di buat salinan kepada pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah KUIN dan ahli Mesyuarat Tertinggi KUIN, namun tidak ada sebarang tindakan susulan
30 Mei  2012
5 orang wakil kakitangan KUIN Mohamad Azki, Sajiah, Tawfek, Asri dan Arif telah mengadakan pertemuan dengan Rektor KUIN pada jam 12.30 pm, namun dalam petemuan tersebut Jamil hanya ingin bertemu dengan seorang wakil sahaja iaitu Mohamad Azki. Dalam pertemuan tersebut Jamil memandang dingin terhadap isu yang dikemukakan di dalam memorandum sebaliknya banyak menyoal tentang 'validility', bahkan selepas perjumpaan dilakukan pada jam 4.00 petang Mohamad Azki terus ditukar Jabatan Pembangunan Kuala Ketil melalui surat pertukaran yang ditandatangani oleh Rektor.
19 Jun 2012
Memorandum kedua telah diserahkan kepada YAB MB Kedah melalui YB Taulan ketika merasmikan Majlis Perasmian Budaya Kualiti KUIN di Dewan KUIN, namun masih tiada respon dan tindakan , bahkan Taulan hanya kata KUIN tak ada masalah
20 Jun 2012
Memo telah ditulis kepada Rektor agar segera mengadakan perjumpaan dengan semua kakitangan KUIN secara tertutup bagi menjelaskan isu yang berbangkit namun sehingga kini Rektor KUIN langsung tidak memberi tindak balas dan respon terhadap perjumpaan tersebut.
26 Jun 2012
Disebabkan tempoh sebulan yang diberikan kepada Rektor KUIN untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji yang tidak dibayar KUIN kepada pihak ketiga walaupun gaji dipotong di dalam slip gaji , maka beberapa kakitangan KUIN membuat laporan polis di Pejabat Polis Daerah Kota Setar.
3 Julai 2012
Seramai lebih 200 orang kakitangan KUIN berhimpun dihadapan Pejabat Rektor berdemonstrasi mendesak agar Jamik meletak jawatan dengan mengangkat sepanduk mendesak Jamil berundur.
28 Jun 2012
Pihak kakitangan kemudian melakukan rundingan dengan menjadikan pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan Kedah sebagai orang tengah terhadap kes sebahagian kakitangan KUIN yang di tamatkan perkhidmtaan tanpa mengikut prosuder yang sah.
6 Disember 2012
20 orang kakitangan membuat laporan Polis di IPD Kota Setar ke atas pecah amanah Jamil menguruskan kewangan dan potongan gaji kakitangan KUIN
15 Januari 2013
Jamil, Rektor KUIN  mengadakan perjumpaan dengan kakitangan KUIN, namun sebaik sahaja ucapannya, beliau melarikan diri. Walaupun ditahan dan didesak kakitangan KUIN agar jangan keluar kerana banyak masalah isu kebajikan yang perlu dibincangkan, namun Jamil penakut dan lari keluar dewan bagi mengelak sesi soal jawab dengan kakitangan.
6 Februari 2013
Seramai 20 kakitangan KUIN mengiringi beberapa kakitangan KUINmembuat aduan di Jabatan tenaga Kerja bagi memohon agar diselesaikan isu kebajikan KUIN mengenai pembayaran gaji, pemotongan gaji dan tonggakan ke Bank yang tak dibayar KUIN walaupun pemotongan di dalam slip gaji telah dilakukan.
19 Februari 2013
Seramai 20 kakitangan KUIN menyerahkan memorandum kepada YAB MB Kedah di Wisma Darul Aman kerana kesal dengan sikap MB Kedah yang mempolitikkan isu KUIN dengan tuduhan melulu bahawa kakitangan KUIN yang membawa kes kebajikan staf KUIN ke Jabatan Tenaga Kerja adalah sebagai ejen UMNO.