Pages

Wednesday 6 February 2013

JTK PANTAS BUAT SIASATAN ISU KEBAJIKAN KUIN


7 Februari - Kelihatan 2 orang pegawai daripada Jabatan Tenaga Kerja Kedah (JTK) memasuki KUIN untuk bertemu dengan pengurusan KUIN selepas mendapat aduan dan laporan terhadap penganiayaan kakitangan oleh Jamil semalam .

Tahniah diucapkan kepada JTK kerana pantas.Terima kasih juga kepada rakan media yang telah membantu dalam proses pendedahan kezaliman Jamil terhadap kakitangan KUIN walaupun Jamil berselindung disebalik Kampus Kuala Ketil dan Azizan.

JTK datang untuk bertemu dengan Jamil , namun hampa kerana jamil tiada dan dikhabarkan berada di Kuala Ketil . Terus di bawa bertemu dengan PRO dan kemudiannya dengan PSM.

Menurut sumber, Setelah disiasat menerusi maklumat yang diberikan , JTK telah mendapati memang kesalahan dalam aduan tersebut terletak atas majikan KUIN dan Insaniah Holdings. Tindakan seterusnya akan diambil JTK.

"STAFF IS THE BOSS"