Pages

Friday 15 February 2013

AZIZAN MULA PERONGOIH (BARAN) DAN MELOMPAT ISU KUIN

Azizan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN mula melompat isu kebajikan kakitangan KUIN apabila media mula mendedahkan kelemahan pentadbiran Jamil.

Azizan tiada cara lain untuk menafikan kelemahan Jamil melainkan :
1. mendakwa golongan yang menentang Jamil adalah egen UMNO, sedangkan majoriti yang menentang Jamil di KUIN ialah penyokong kuat PAS yang menolak kepimpinan Azizan

2. Menyuruh kakitangan KUIN keluar dari KUIN untuk selesaikan masalah, sedangkan majoriti kakitangan KUIN mendesak Jamil letak jawatan dan berambus tinggalkan KUIN untuk selesaikan masalah
Azizan suruh kakitangan tinggalkan KUIN, staf KUIN pula mahu Jamil tinggalkan KUIN


3. Azizan dakwa hanya segelintir sahaja yang tak puas hati dengan Jamil, namun jika sesiapa sahaja yang menjenguk KUIN dan bertanyakan kepada staf hampir 95 % kakitangan KUIN benci dan tak sukakan Jamil.

Azizan dakwa hanya segelintir tak puas hati tapi majoriti mahu Jamil berundur
Azizan diseru agar BERTAQWA kepada Allah dalam pentadbirannya.

Sepatutnya Azizan jika bertindak secara profesional melakukan tindakan berikut :

1. Menubuhkan jawatankuasa bebas menyiasat aduan dan keluhan kakitangan demi negara Berkebajikan

2. Memohon agar Jamil memberikan penjelasan sebenar di hadapan semua Exco Kerajaan Negeri



3. Memantau semua aktiviti dan perancangan KUIN yang melingkupkan staf KUIN

4. Menghentikan dan menutup Insaniah Holdings yang menjadi punca utama masalah dalam KUIN.

Takkan yang ni pun MB tak boleh fikir, Kalau sampai keluar statement tak mahu ambik tahu pasai KUIN pasai tak reti nak fikir, letak jawatan sahajalah, bagi geng BERSIH KUIN jadi MB Kedah.....