Pages

Wednesday 6 February 2013

AZIZAN MAHU KABURKAN KEZALIMAN PADA KAKITANGAN DENGAN PERASMIAN KAMPUS KUALA KETIL TAPI ZALIMI KAKITANGAN

Hari ini beberapa kakitangan KUIN telah membuat pendedahan berani disebalik perasmian dan pembinaan Kampus Kuala Ketil yang kononnya menampakkan keprihatinan Azizan dan Jamil terhadap pembangunan , sebenarnya ia adalah hanya satu skrip bagi mengkaburi  mata masyarakat terhadap kezaliman dan penindasan terhadap warga KUIN yang sudah lama menderita.

Bagai diikat kakitangan dan mulut , Azizan dan Jamil cuba melobi nak tutup kelemahan pentadbiran KUIN dengan mengerahkan semua tenaga untuk merasmikan segera Kampus Kuala Ketil .

Tapi ramai yang yang tertipu dengan Jamil dan Azizan , sebenarnya disebalik pembangunan kampus Kuala Ketil , kakitangan KUIN hidup dalam keadaan melarat, menderita dan diabaikan hak dan kebajikan :
- Kenaikan gaji dinafikan
- Tiada bonus kepada kakitangan walaupun peruntukan daripada Kerajaan Negeri jelas memperuntukkan bayaran bonus untuk kakitangan 2012.
- Tidak membuat pembayaran kepada bank walupun slip gaji telah dipotong antara 2 hingga 5 bulan, menyebabkan kakitangan KUIN terpaksa menerima surat dan panggilan cinta daripada Bank dan Peguam.
-Kakitangan diwajibkan pindah ke Kuala Ketil namun tiada bayar insentif yang sepatutnya diberikan kepada kakitangan.
-Nama KUIN dan staf di senarai hitamkan di kebanyakkan Bank menyebabkan kesukaran untuk membuat pinjaman.
- Gaji dibayar lewatr sehingga ada yang melepasi bulan seterusnya.


Inilah pentadbiran ala FIRAUN. Pandai buat piramid yang dikagumi dunia tapi atas dasar menzalimi rakyatnya.

KUIN pun sama , pandai buat Kampus Kuala Ketil tapi atas dasar menzalimi kakitangannya. 

Sebagaimana Allah menurunkan bala kepada firaun tenggelam dilautan , adakah bala yang sama akan diturunkan pada KUINdi dalam tasiknya sendiri ?