Pages

Thursday 21 February 2013

KENYATAAN AKHBAR BERSIH KUIN : DESAK AZIZAN LETAK JAWATAN



KENYATAAN AKHBAR BERSIH KUIN
KAKITANGAN KUIN DESAK AZIZAN BERUNDUR DAN  CARI ORANG YANG MAHU AMBIL PEDULI KUIN

ALOR SETAR, 22 Februari - Pihak kakitangan KUIN menganggap kenyataan akhbar yang dikeluarkan Azizan semalam yang menyatakan memang staf KUIN adalah ejen UMNO dan suruh kakitangan KUIN tinggalkan KUIN sebagai pandangan  fikiran sempit seorang  pemimpin yang suka lupa dan tidak bertanggungjawab. Tak sepatutnya seorang Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat bertindak menghentam rakyat, sepatutnya dia kena jadi orang tengah selesai masalah rakyat.

Azizan lupa atau sengaja buat-buat lupa yang pihak wakil kakitangan KUIN seramai 6 orang pernah bertemu dengan beliau dirumahnya di Jalan Sultanah pada 14 Mei 2012 jam 9 malam sehingga jam 11 malam tahun lalu bagi membincangankan permasalahan yang berlaku di dalam KUIN, namun dalam perbincangan tersebut keegoan Azizan masih mempercayai maklumat dan laporan yang salah dan tersasar yang disampaikan Jamil kepadanya dan tidak mempercayai aduan yang di bawa oleh kakitangan KUIN.

Kami dah jumpa dia untuk berbincang, tapi dia lupa kot.. Jamil, Rektor KUI N pun kami dah jumpa tapi Jamil lari bila berhadapan dengan kakitangan KUIN.Tak pa kita kena hormat orang tua, mungkin dia pelupa, kalau kami kata pemikiran dia setaraf satu selinder sahaja , dia kata tak hormat dia pulak. Tapi jangan tuduh kita tak berunding. Kita dah berunding dengan Jamil dan berunding dengan Azizan, juga pernah bertemu exco pendidikan Taulan, namun tiada tindakan bahkan suka menipu rakyat dalam media.


Bila Azizan dan Taulan tipu dalam media, kita kena jawab balik dengan media agar rakyat Kedah tahu masalah kebajikan kakitangan KUIN yang diabaikan yang sebenarnya. Ingat dia sorang saja boleh panggil media?

Mengenai dokumen palsu yang diarahkan oleh Jamil bagi kegunaan mahkamah, sepatutnya Azizan menentang kemungkaran bukan menyokong Jamil sebagai rakan sehingga sanggup menghalalkan kemungkaran. Dimanakah prinsip perjuangan Azizan.

Jika Azizan masih berkeras untuk tidak mahu mengambil tahu mengenai masalah KUIN , seluruh kakitangan KUIN yang berjumlah melebihi 400 orang mendesak agar Azizan berundur daripada sebarang jawatan  di dalam KUIN dan Azizan sila serahkan jawatan pengerusi KUIN kepada orang lain yang mahu ambil peduli mengenai KUIN

Yang Azizan nak ugut kami kami suruh cari kerja tempat lain dan berhenti KUIN pasai pa? Sepatutnya bila KUIN dah celaru di bawah Azizan , Azizanlah kena keluar dari KUIN bukan kami. Kita pun tahu semua orang dahh tak suka pada Azizan. Di KUIN 95 % kakitangan tak suka pada Azizan. Orang PAS pun dah mula tolak Azizan, jadi betullah Azizan yang kena letak jawatan dan tinggalkan KUIN.

22 Februari 2013