Pages

Sunday 20 May 2012

INTAKE KEDUA MEDIC GAGAL LAGI : HANYA 3 ORANG DAFTAR

MB Kedah menjanjikan dalam sidang DUN baru-baru ini bahawa Kuliah Medic sudah mempunyai 300 orang calon dan KUIN akan membuat tapisan memilih the best student kepada 50 orang sahaja. kesian MB Kedah kena tipu dengan Jamil. Jamil terpaksa tipu kerana bimbang Kuliah Medic bakal bungkus dan gulung, namun MB masih percayakan Jamil. Apakan daya!!

Pada 2 Mei yang lalu segala temberang Jamil terserlah dengan hanya 8 orang sahaja mendaftarkan diri sebagai pelajar , itu pun hanya dua orang sahaja yang tawaran lengkap, baki 6 orang tawaran bersyarat. situasi ini mendapat liputan media apabila menyiarkan dalam Sinar harian pada 3 Mei 2012 melaporkan hanya 8 orang sahaja mendaftarkan diri. Bilangan ini nak bayar gaji CEO Insan Medic pun tak cukup. Perkara ini memberi tamparan hebat kepada Jamil. Jamil terpaksa bohong lagi pada MB Kedah bahawa pengambilan Medic akan ada lagi pada 20 Mei dan dijangka lebih ramail akan datang. kesian MB kena tipu dengan Jamil lagi. Buktinya , hari ini hanya 3 orang sahaja yang datang daftar. Mungkin Jamil sedang mereka cipta alasan yang kebarangkalian akan ada lagi pendaftaran pada bulan depan

Itulah jadinya kisah seorang bos ketegar dan seorang lagi ego, tapi tak sedar yang semua orang sedar bahawa mereka tak sedar bahawa orang telah sedar dan mula bangkit.