Pages

Sunday 13 May 2012

KRISIS KEWANGAN KUIN : BENARKAH SABOTAJ JAMIL TERHADAP PAKATAN RAKYAT ?











 ‘Tanya sama pokok , apa sebab goyang , nanti jawab pokok angin yang goncang ‘ Jika tak ada angin takkan lah pokok tak goncang ,? Itulah metafora yang sesuai dinukilkan dalam kancah bencana tsunami kewangan ciptaan tangan ghaib di KUIN.

Semalam selepas solat kami bersembang-sembang mengenai KUIN di bangsal panas. Saya dilontarkan suatu persoalan oleh seorang sahabat.yang mengetuk kebolehpercayaan minda saya. Katanya : ntah-ntah apa yang berlaku adalah suatu sabotaj “silent protest” sebab PRU dah dekat. Rektor dan kroninya bukanlah orang PAS, mereka UMNO yang baru jadi Pas bila Azizan panggil balik Kedah. Saya mencelah agar berfikiran positif,’tak baik tuduh cam tu” kononnya saya ingin memujuk kawan agar lebih focus kepada perbincangan. Tetapi hati kecil saya hingga saat ini memikir-mikir apa yang disebut oleh rakan saya tadi. Persoalan yang timbul siapa Jamil yang sebenar. Kenapa Azizan dijadikan perisai menyelamatkan dirinya. Semua kenyataan tidak dijawabnya tetapi situasi memaksa Azizan bertindak sebagai Rektor KUIN .  

Orang kuat Pas usah menjadi pengikut taasub menjilat membabi buta. Orang kuat Umno jangan jadikan isu sebagai alat mengambil kesempatan politik. Orang atas pagar , jom terjun pagar jangan bagi gayat lama sangat.