Pages

Monday 21 May 2012

PAKSA PELAJAR BARU MEDICAL CHEKUP , SATU LAGI TRAGEDI MENJADIKAN PELAJAR MANGSA KRISIS KEWANGAN KUIN

HANGAT ! HANGAT ! Lagi penganiyaan KUIN kepada pelajar.

Bulan lepas naik yuran dari RM 60 kepada RM 200 kepada pelajar pengajian Islam .


Kemudian caj RM 25 kepada calon pemohon yang mahu mengetahui status permohonan berjaya atau gagal

Terkini KUIN akan mengenakan caj sebanyak RM 150 hingga RM 200 untuk tujuan pemeriksaan kesihatan (medical checkup) kepada pelajar yang bakal mendaftarkan diri di KUIN pada bulan Jun ini. Lebih malang lagi pelajar diwajibkan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan itu di Kuliah Perubatan KUIN. Caj ini dimaklumkan kepada pelajar yang diterima masuk ke KUIN menerusi sistem ‘online’  KUIN makluman panduan pendaftaran.

Caj ini tidak masuk akal kerana kebiasaannya jika pemeriksaan kesihatan dilakukan di Hospitan dan Klinik Kerajaan, kosnya hanyalah sekitar RM 20 sahaja dan jika dilakukan di Hospital dan Klinik swasta kosnya hanya sekitar RM 50 hingga RM 80 sahaja. Bahkan pelajar KUIN sebelum ini pun tidak pernah langsung diwajibkan untuk dijalankan pemeriksaan kesihatan.

Tindakan terdesak ini berkemungkinan disebabkan KUIN gagal menjalankan opersi Kuliah Perubatan berikutan tiada sambutan kepada kemasukan Kuliah tersebut , apabila hanya 8 orang yang mendaftar pada 2 Mei yang lalu  dan seramai 3 orang sahaja mendaftar diri semalam (20 Mei 2012). 

Disebabkan kos operasi Kuliah Perubatan yang sangat tinggi dan tidak mampu beroperasi dengan hanya bersandarkan kepada 11 orang pelajar perubatan makan KUIN terpaksa mengambil tindakan menjadikan pelajar baru dalam program pengajian yang lain sebagai mangsa dengan mengenakan caj tersebut

Maklumlah nak jaga Insan Ramli dan isterinya Insan Azni serta kroni-kroninya . Bawa ramai-ramai kroni suami isteri maasuk KUIN , bagi gaji tinggi , nak hairan apa? student dengan staf KUIN baik , tak pandai dan takut nak bangkit dan berdemo... Jom Bangkit la semua warga KUIN tentang kezaliman dapat pahala.