Beliau turut meminta Mahdzir supaya berjumpa dengannya jika ada masalah dengan pentadbiran Kuin, dan bukan bertanya kepada kakitangan Kuin yang tidak tahu situasi sebenar.

Ini adalah suatu penghinaan kepada staf KUIN yang bertugas di sebuah IPT . Adakah MB Kedah ingin memperlekehkan pensyarah dan pentadbiran KUIN berbanding beliau yang baru menjadi MB 4 tahun .
Staf KUIN perlu merasa besar jiwa tidak boleh dihina begini sahaja dengan hanya kerana palitan politik kotor yang dimainkan oleh beliau.
Sudahlah Jabatan lain tanpa prejudis dan prasangka menerima kenaikan gaji 13 %. tetiba KUIN kerana tak ada duit dek kerana membela beberapa ekor kera dalam Insaniah Holdings sengaja menjadikan alasan KUIN bukan Kerajaan untuk boleh tidak menerima pakai pekeliling baru itu. Gaji, lantikan, pekeliling dan semua jenis sistem jentera KUIN sehingga kini mengikut pekeliling mana kalau bukan JPA.
MB Kedah memang cari pasal dengan staf KUIN.
JOM BANGKITLAH STAF DARIPADA KEZALIMAN.