Pages

Wednesday, 16 May 2012

SOLAT HAJAT SUPAYA REKTOR KUIN DITUKAR

Masihkah kita ingat para pensyarah tahfiz yang dizalimi pernah juga melakukan solat hajat berjemaah bersama pelajar-pelajar? Kali ini tiba giliran kakitangan KUIN tak kira pangkat dan jawatan bersama-sama melakukannya. Rezeki bukan dari Jamil dan Azizan. REZEKI DARI ALLAH S.W.T.

Disini Wak hebahkan email dari seorang rakan maya Wak



Seramai lebih 150 orang kakitangan (lelaki dan perempuan) Kolej Universiti Insaniah (KUIN) beramai-ramai telah mengadakan solat hajat  bagi memohon agar kemelut dalaman yang melanda KUIN mutakhir ini dapat diselesaikan dalam waktu segera.

Majlis solat hajat yang diadakan di surau KUIN memohon agar Allah memberikan kesejahteraan dalam krisis kewangan yang melanda  KUIN dan semoga Allah memberikan kemudahan untuk pihak kakikatangan mengemukakan beberapa tuntutan kepada pihak KUIN : Antara tuntutan ialah;

       1.Tuntutan terhadap kenaikan gaji 13% yang ditangguhkan pihak Lembaga Pengarah KUIN dengan alasan KUIN adalah swasta sedangkan pelarasan itu adalah untuk perbandaran dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sahaja .Tuntutan akan dilakukan agar KUIN lebih telus dan jelas mengenai status dan tarikh pembayaran kenaikan 13% tersebut. Jika KUIN adalah sebuah institusi swasta sebagaimana yang didakwa oleh pihak Lembaga Pengarah maka kakitangan akan menuntut untuk dinaikkan kenaikan gaji mereka daripada 13% kepada 20%.


.     2. Bayaran balik yang tertunggak berbulan-bulan yang belum dibuat pembayaran kepada institusi kewangan, badan yang memberi pinjaman, insuran dan instiusi pelaburan saham sedangkan pemotongan gaji telah dibuat oleh pihak KUIN terhadap gaji kakitangan terlibat.
 

          3. Majlis solat hajat ini diadakan hasil kesepakatan kakitangan KUIN berikutan krisis kewangan yang serius yang melanda KUIN sejak kebelakangan ini hingga menyebabkan kebajikan mereka terabai.
Majlis sebelum itu diserikan dengan ceramah motivasi bertajuk "Jom Amanah" yang disampaikan Tuan Syeikh Ahmad Fisol bin Haji Omar, Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu.
 
 


Isu ini dikirimkan oleh seorang rakan maya Wak. Seperti yang Wak selalu pesan kepada anda semua, jika ada isu dan perlu didedahkan sila email kepada Wak di adik_wak@yahoo.com. Jika benar selepas Wak siasat maka Wak akan dedahkannya.

WAK: Jamil dan Azizan semakin tak senang duduk. Dulu semasa para Huffaz lakukan solat hajat, Jamil dan Azizan terlantar di hospital. Kini?

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ
مُعَاذاً إِلَى الْيَمَنِ وَقَال لَهُ : "اِتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah".

(H.R. Bukhari dan Muslim)

Sumber :
http://adikwak.blogspot.com/