Pages

Thursday 24 May 2012

SOLAT HAJAT DAN YASIN : SAMBUTAN LUAR BIASA

Pihak admin Berita KUIN mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua warga kerja KUIN dan pelajar KUIN yang hadir memeriahkan dan menjayakan majlis bacaan Yasin dan solat hajat bagi mendoakan agar tangan-tangan ghaib yang merosakkan KUIN dikeluarkan daripada KUIN pada malam tadi.Sambutan luar biasa itu adalah kerana penindasan yang nyata dilakukan oleh Jamil kepada kakitangan KUIN dan pelajar KUIN.

Majlis bacaan Yasin dan solat hajat yang bermula selepas solat maghrib diketuai dan diimamkan oleh Ustaz Azki. warga kerja yang hadir adalah dari semua jabatan termasuk Insaniah Holding yang juga yang dianiaya oleh Jamil. Juga turut hadir spy spy Jamil yang mula resah  dengan kebangkitan warga kerja KUIN.