Pages

Saturday 12 May 2012

YURAN NAIK : TANDA KRISIS KEWANGAN KUIN

orang luar dari KUIN banyak mengeluarkan komen2 yang pada saya tak tepat. KUIN ditubuhkan pada 1995 dan matlamat asalnya ialah membantu orang belajar dengan mengenakan yuran yang cukup rendah. Tetapi apa yang dikesalkan ialah sejak 2008, ini ialah kali ke-3 yuran dinaikkan. dan kenaikkan kali ini cukup tinggi. 
Walaupun KUIN ialah IPTS tetapi ianya milik penuh kerajaan negeri kedah dan juga menerima bantuan kewangan dari kerajaan negeri. Tahun 2012 mendapat bantuan sebanyak 15 juta. Tetapi masalahnya ialah kewangan gagal dikawal dengan baik semenjak berubah kerajaan negeri. Ini perlu diakui kerana KUIN menubuhkan anak syarikat dan sehingga ke hari ini, KUIN masih lagi menampung gaji kakitangan anak syarikat yang berjumla hampir 1 juta untuk 1 bulan.
 Jadi apabila masalah kewangan melanda maka yuran terpaksa dinaikkan. Jika dibelanja secara berhemah tak mungkin akan berlaku masalah ini. MB selaku pengerusi lembaga pengarah walaupun telah maklum hal ini masih tidak serius mengambil tindakan untuk memulihkan kembali KUIN ini. Harap orang luar yang tak tahu masalah KUIN ini tak perlu reka cerita sendiri dan lebih baik datang sendiri bertanya kepada kakitangan KUIN.
WAK: sebenarnya ramai lagi kakitangan KUIN yang cuba meluahkan masalah mereka dan mungkin mereka tidak tahu saluran mana yang perlu diikuti. Disini Wak beri alamat EMAIL  Wak untuk anda menghantar segala permasalahan anda untuk wak dedahkan. adik_wak@yahoo.com

http://adikwak.blogspot.com/