Pages

Thursday 31 May 2012

PERCAYA TAK KAMPUS KUALA KETIL TIADA ASRAMA PELAJAR

MB Kedah dan Jamil hairan, asrama tiada
Hebat sungguh projek Kerajaan Jamil dan MB Kedah yang bangga dengan Kuala Ketil. Tapi saya tak pasti anda tahu atau tidak , sebenarnya dalam kita syok sendiri , tiada asrama dibina dalam kampus Kuala Ketil pada pembangunan fasa pertama.
Saya pun tak boleh fikirlah , takkan kot kontraktor yang bina bangunan tak tahu tentang kampus Universiti mestilah ada asrama. Kenapa dalam plan asal ada , tetiba ja masa buat bangunan tiada. Saya tak pasti mungkin MB Kedah ada cara tersendiri nak buat Unversiti ala Kuala Ketil atau ala Arab Badawi atau ala Bukt Indah Water.

Sekarang baru kalut nak fikir nak buat asrama. Maka kontraktor pun terpaksa buat rumah berkembar (rumah taman) untuk dijadikan tempat penginapan kepada pelajar KUIN. Itu pun baru terkial-kial buat diluar dari kampus KUIN Kuala Ketil.Kenapa ini berlaku. Ini akan memberikan sangkaan buruk kepada masyarakat seolah-olah ada sesuatu perkara tersembunyi dalam projek ini.

Kalau buat rumah mestilah ada bilik, kalau buat sampan mesti ada pendayung, kalau buat kereta mesti ada stering. Kalau buat kampus , kenapa tak ada asrama ?/???? Isyhhhhhhhh benda simple ja . Kesian kat pelajar.Silap-silap pelajar akan dikenakan yuran pengangkutan untuk tampung pengangkutan pelajar dari rumah penginapan yang berada diluar KUIN untuk ke kampus .