Pages

Saturday 12 May 2012

MB KEDAH DAN REKTOR ABAIKAN KEBAJIKAN

Minggu ini KUIN kembali hangat. Kalau dulu isu dakwaaan pelajar KUIN dizalimi dengan akta 555 ala AUKU hingga menyebabkan 5 pelajar digantung, kini giliran kakitangan KUIN pula menyatakan perasaan tidak puas hati dengan pengurusan KUIN yang diterajui Dato Jamil dan DS Azizan sebagai pelengkap kepada Kerajaan Maharaja Jamil.

Ramai kakitangan KUIN merungut dengan masalah kebajikan mereka diabaikan dan mereka terpaksa menanggung kos kebodohan sistem pengurusan KUIN :

1. Bayaran kepada pinjaman bank, simpanan tabung haji, saham ASB dan lain-lain potongan yang telah dipotong daripada gaji kakitangan KUIN namun pihak KUIN tidak membuat pembayaran tersebut kepada pihak sewajarnya .Pembayaran dibuat lewat sehingga mencecah  4 bulan . Risikonya hak kebajikan KUIN telah diabaikan bahkan dizalimi :

i.  Apabila KUIN lambat membuat bayaran kepada Bank sedangkan pemotongan gaji telah dibuat interest yang dicaj oleh Bankl kerana kelewatan terpaksa ditanggung oleh kakitangan KUIN.

ii.  Ada sebahagian kakitangan terpaksa menerima surat amaran peguam untuk diambil tindakan mahkamah, semestinya kos peguam oleh bank akan ditanggung kakitanga KUIN.

iii. Keuntungan yang sepatutnya dinikmati hasil caruman saham di dalam ASB atau Tabung Haji atau mana-mana agensi kewangan, faedah keuntungan tak dapat diperolehi seolah-olah dirompak KUIN kerana duit tidak dibayar kepada agensi tersebut.

iv.  Ada kakitangan telah ditamatkan polisi insuran bahkan insurannya tidak aktif kerana KUIN tidak membuat pembayaran kepada syarikat insuran berkenaan.

v.  Ada sebahagian kakitangan KUIN terepaksa mengeluarkan wang gaji daripada bank serta merta apabila mengetahui gaji bulanan telah dimasukkan kerana jika terlambat mengeluarkannya , pihak bank akan ambil dari akaunnya. Sudahlah dalam potongan gaji telah dipotong , tambah bank pula nak ambil dari akaun yang sama.

vi.  Dari psikologinya kakitangan KUIN terpaksa mengahadapi stress psikologi apabila terpaksa berhadap panggilan bertalu-talu daripada pihak bank dan institusi kewangan kerana didakwa tidak melunaskan hutang di Bank. Ini adalah gangguan psikologi manusia.

vii. Disebabkan kegagalan KUIN melunaskan hak kakitangan KUIN kepada bank yang sepatutnya dibuat pembayaran pada waktunya, pihak kakitangan akan mengalami status 'peminjaman' yang buruk dan direkodkan di dalam CCRIS






Apa alasan kakitangan KUIN menyatakan ianya adalah satu rompakan kolar hijau dan mengabaikan kebajikan kakitangan KUIN :

- Semua kos yang dicaj oleh bank dan institusi kewangan hasil kelewatan bayaran hingga mencecah 1 hingga 4 bulan DIKENA TANGGUNG oleh kakitangan KUIN bukan KUIN. Adakah KUIN sanggup berdiri megah dengan kemegahan kampus Kuala Ketil sedangkan merompak secara halus wang kakitanganya ? Adakah Dato' Jamil sanggup menanggung dosa di atas KETIDAK REDHOAAN kakitangan KUIN duit mereka di caj bank atas kesalahan KUIN dan masalah kewangan KUIN ? Kakitangan KUIN tidak redho dan TIDAK HALALKAN walaupun satu sen dui mereka dicuri oleh majikan.

- Mungkin masyarakat luar tak tahu kenapa malapetaka ini terjadi ? Ini adalah kerana krisis kewangan KUIN yang  membelanjakan tanpa had dan hemat untuk anak-anak syarikat KUIN yang ditubuhkan untuk menjana kewangan KUIN, namun hingga kini selepas 4 tahun beroperasi tiada keuntungan dihasilkan bahkan melutut kepada Bendahari KUIN untuk membayar gaji mereka yang tak masuk akal tingginya.

- Apabila berlaku kematian atau kemalangan atau kecederaan yang melibatkan insuran nyawa dan perubatan yang lewat dibuat caruman, sudah tentulah risiko akan ditanggung oleh kakitangan KUIN.

Saya menyeru semua masyarakat khususnya pihak berwajib membuka mata berdasarkan kewarasan akal fikiran bukan taasub politik semata mata. Sloga danb propaganda yang dilaung-laungkan Pakatan Rakyat adalah negara berkebajikan, namun tidak di KUIN. KUIN bukan sebuah negara , KUIN bukan sebuah negeri, KUIN bukan sebuah daerah , KUIN hanya kecil  di Mergong sudah tak mampu diberikan kebajikan sperti yang dilaung-laungkan dalam slogan. Saya berharap kepimpinan KUIN dan Kerajaan Kedah cuba 'BERTAKWA PADA ALLAH' ... Takutlah pada AZAB ALLAH... kerana walaupun sebesar zarah pun kita memakan harta orang itu di anggap zalim... apabila zalim tunggulah balasan di atas DOA ORANG DIZALIMI....

Firman Allah swt  bermaksud di dalam surah Zalzalah ayat 8: Barangsiapa yang melakukan kejahatan walaupun seberat /sebesar zarah pasti Allah akan melihat (menilai) nya.


SUMBER DARI : http://hijaubulat.blogspot.com/