Pages

Friday 18 May 2012

SUARA SISWA KUIN DESAK REKTOR BERI PENJELASAN, BIMBANG SABOTAJ PAKATAN RAKYAT

Petikan SINARHARIAN 18 Mei 2012 U2
Oleh : Roslinda Hashim

ALOR SETAR - Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN) digesa tampil menjelaskan masalah yang melanda institusi itu seperti yang didedahkan media baru-baru ini.

Antara perkara yang perlu diperjelaskan ialah kenaikan yuran mendadak program Pengajian Islam dari RM 60 kepada RM 200 per/jam kredit,    Caj RM 25 kepada pemohon baru yang ingin menyemak status permohonan kemasukan, Dakwaan wujudnya kakitangan yang dijatuhkan hukuman mahkamah atas kesalahan berkaitan pengurusan kewangan.

Pengerusi Pertubuhan Pelajar Wilayah Utara, WATCH 13, Mohd Mus'ab Habib berkata, ia turut membabitkan masalah kewangan termasuk pembiyaan pinjaman bank, institusi kewangan melalui potong gaji yang didakwa tidak diurus dengan baik.

Beliau berkata ,setelah krisis dalaman ini dibongkarkan,  KUIN memandang sepi dan hanya membiarkan Datuk Seri Ustaz Azizan , selaku Pengerusi KUIN menjawab segala dakwaan. 

Rektor lari dari panggilan
 media: profesionalkah?
Kesalahan seolah-olah diletakkan sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri Kedah sedangkan KUIN hanyalah bernaung di bawahnya. Sepatutnya Rektor KUIN yang menjadi peneraju KUIN bangkit menjawab semua  persoalan itu, katanya.

Menurutnya Rektor KUIN perlu bertanggungjawab terhadap kemelut yang didakwa berlaku bermula dari krisis penggantungan pengajian  lima mahasiswa pada tahun lalu hingga krisis kewangan yang kritikal .

Kenyataan rasmi menjelaskan keadaan yang sebenar. perlu diumumkan kepada orang ramai.Saya mewakili suara mahasiswa KUIN dan Wacth 13  mendesak Rektor KUIN tampil menjawab semua isu yang berlaku .

Sikap berdiam diri  seolah – olah merupakan tindakan sabotaj dan silent protest terhadap Pakatan Rakyat Kedah yang mentadbir, katanya.

lima siswa menang cabar Rektor KUIN, kini giliran staf !
Dalam perkembangan lain Watch 13 menyokong keputusan mahkamah terhadap lima siswa KUIN yang  menang  dalam proses mahkamah membatalkan keputusan jawatankuasa tatatertib KUIN membabitkan pengantungan pengajian pada tahun lalu.
"Keputusan ini menggambarkan kepincangan pengurusan KUIN yang bertindak tanpa menggunakan kewarasan dan rundingan dalam menyelesaikan isu pelajar. Pelajar yang terkena tempiasan masalah dalaman KUIN ekoran krisis kewangan KUIN hanya menuntut hak mereka" , katanya. 

Pada 10 Mei yang lalu Hakim Mahkamah Tinggi, Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan keputusan Kuin itu melampaui kuasa. "Perintah perisytiharan bahawa kaedah-kaedah Kojej Universiti Insaniah (Tatatertib Pelajar 2007) adalah ultra vires di bawah Seksyen 46 (1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.
Lima siswa KUIN   Mohd Faiz Mohd Arshad, 29; Muhamad Aiman Che Ab Razab, 23;  Mohd Azlan Mat Zain, 32; Ahmad Remi Mohd Aras, 25 dan Zulkhilatif Marzukh.
"Kemenangan ini memberi isyarat bahawa mahasiswa akan terus bangkit untuk menyatakan kebenaran dan membela hak-hak mahasiswa kerana hak bersuara dilindungi oleh Undang-undang Malaysia." katanya.

Mohd Mus'ab berkata , Watch 13 adalah gabungan siswa Kedah, Perlis dan Pulau Pinang dari beberapa IPT termasuk KUIN.

sumber : sinar harian