Bayar RM25 untuk semakan kemasukan
13/05/2012 5:20pm
ALOR SETAR - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dimiliki kerajaan
negeri Kedah dikatakan mengenakan bayaran sebanyak RM25 kepada pelajar
atau waris yang ingin menyemak status permohonan kemasukan ke kolej itu
bagi semester Jun 2012.Notis mengenai caj bayaran itu dikatakan dikeluarkan oleh Dekan Kemasukan dan Rekod, Jabatan Hal Ehwal Akademik Kuin, Prof. Madya Dr. Ahmad Fauzi Idris.
Salinan notis itu yang diedarkan kepada media hari ini, ia secara
tidak langsung mendedahkan kepincangan masalah kewangan Kuin yang
bayaran seperti itu dipercayai tidak dikenakan oleh institusi pengajian
tinggi yang lain.Seorang waris, Abdul Rashid Salleh menghubungi Bernama untuk melahirkan rasa terkejut dengan caj tersebut.
"Saya ada anak yang belajar di IPTA tetapi tidak pula dikenakan caj untuk menyemak kemasukan sebelum ini.
“Saya mahu kerajaan negeri melihat perkara ini dan mengkaji kenapa Kuin mengenakan caj itu yang tidak wajar sama sekali," katanya yang anaknya turut memohon memasuki Kuin. - BERNAMA
Sumber :
http://malaysiakini.com/news/197806
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm