Pages

Monday 21 May 2012

KISAH MR R.I. DAN DRJ


Pelbagai polimik melanda Kuliah al Quran KUIN semenjak berlaku demonstrasi pensyarah dan pelajar tahfiz pada 1 April 2011 yang lalu. Rektor KUIN dengan tidak menggunakan kebijaksanaan dalam perbincangan pernah menolak permohonan pensyarah diploma tahfiz yang ingin bertemu denganya bagi menyelesaikan kemelut kuliah tahfiz. Jamil sepatutnya tidak melayan egonya yang sangat tinggi. hasilnya Jamil telah membuat satu planing dan cadangan agar dikeluarkan diploma tahfiz daripada KUIN ke bawah Yayasan islam Kedah. Walaupun nampak pensyarah diploma tahfiz di anniaya namun hikmah yang besar kepada mereka kerana mereka dapat diselamatkan daripada kemelut kewangan KUIN. Di bawah majikan baru Yayasan Islam, gaji mereka masuk awal daripada biasa, kebajikan mereka terjaga, panel klinik KMC, bonus on time dan lain lain lagi.
Dalam tulisan saya kali ini bukan hendak bincangkan mengenai isu lama itu , tapi isu anak kandung 'J' yang bernama R***** I**** (Mr R.I). Mr R.I bersama-sama 4 orang rakannya yang lain telah mengemukan permohonan untuk melanjutkan pengajian di dalam Sarjana Al Quran, walaupun langsung tidak menghafaz walaupun 1 juzuk al Quran.

Pada peringkat awal walaupun kelima-lima mereka tak memennuhi syarat dan tak layak menyambung dibidang al Quran namun dengan power yang ada mereka masuk mengaji juga sehingga peperiksaan pun soalan periksa master dibuat khas untuk mereka tanpa menjaga kredibiliti dan martabat akademik pengajian al Quran . Kenapa harus dibezakan soalan peperiksaan kepada geng 5 bersama Mr R.I sedangkan belajar dalam kelas bersama dengan penuntut yang lain. Adakah ini perancangan bapak Dekan untuk menyediakan soalan khas buat merekaMungkin terdesak nak bagi lulus dan memang terbukti mereka yang mempunyai masalah dalam bacaan dan hafazan al Quran telah mendapat cemerlang dalam peperiksaan master mereka baru-baru ini.AJAIB  AJAIB, jawaab satu soalan sahaja subjek al Quran tetapi dapat markah yang amat tinggi dan begitu juga subjek yang lain. PELIK..PELIK Ibarat tak pandai bawa kereta , tiba-tiba masuk pertandingan race kereta dapat no 1, kalahkan Michael schumacher pulak tu ....... kita boleh fifikr lah no! Mujurlah HEA ambik tindakan untuk sekat buat dua soalan untuk pelajar yang berada dalam satu pengajian.

Setelah masalah ini di laporkan kepada Timb Rektor (A), ketika itu Jamil sedang terlantar cuti rehat jantung, TR (A) telah mengarahkan geng 5 itu berhenti kerana perlu menduduki 6 subjek tambahan sebelum boleh  memulakan pengajian di semester satu. Jika tidak, maka MQA akan dapat mengesan penyelewanagn yang berlaku di Kuliah al Quran.

Apa yang malangnya sejurus selepas Jamil kembali bertugas pada 13 mei 2012 ada pula arahan dari 'J' agar Dekan Kuliah al Quran buat adjustment bagi geng 5 ini boleh mengaji juga di Kuliah Tahfiz. Biasalah Pak Dekan Kuliah al Quran yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Jamil sehingga dianggap adik angkat menuruti titah 'J'. Apa perasaan pelajar master yang lain? apa tanggapan MQA bila melihat contoh jawapan peperiksaan master ? Apa perasaan kita jika maruah akademik dinodai oleh orang akademik sendiri?

Sekarang ini nampak sibuk berulang alik Alor Setar - Sungai Petani yerrr? buat apa ya pakk??