Wednesday, 30 May 2012

KUIN DILANDA KRISIS GAJI UNTUK BULAN MEI

KUIN masih tidak mahu mengakui bahawa KUIN sedang tenat menghadapi krisis kewangan yang sangat meruncing . 

Hingga kini 30 Mei, untuk pembayaran gaji bulan Mei ini  KUIN hanya membayar gaji untuk gred 45 ke bawah, manakala gred 45 ke atas belum dimasukkan gaji kerana wang KUIN dalam bank tak cukup. Bukan sekadar itu gaji Insaniah Holding pun langsung tidak dibayar lagi kerana Insaniah Holding yang didakwa Jamil menguntungkan sebenarnya sentiasa merempat dan menjilat duit dari KUIN.

Lantas jamil pun bergerak pantas bersama Zakaria Man dan Bendahari pergi jumpa MB Kedah untuk mendapatkan simpati wang dari MB Kedah. MB Kedah cuba minta wang dari Pegawai Kewangan Negeri namun gagal kerana peruntukan berkala telah diberikan oleh Kerajaan Kedah.

Akhirnya Jamil memujuk MB Kedah untuk mendapatkan mana-mana sumber utnuk mengelak demonstrasi berlaku jika gagal membayar gaji pada esok hari. Akhirnya menurut sumber  buat kali ketiga Jamil terpaksa memohon dari MBI sebanyak 1 juta, namun MBI hanya memberi pinjaman sebanyak 1/2 juta sahaja.

Untuk rekod KUIN pernah meminta sedekah dan pinjaman wang dari MBI sebanyak 2 kali sebanyak 2 juta, dan kali in merupakan kali ketiga. KUIN juga pada dua bulan lalu telah meminta rempat kepada SADA sebanyak 2 juta untuk membayar gaji kakitangan KUIN.

Pembaca boleh baca dan fikir sendiri krisis kewangan KUIN dan tahap motivasi bekerja dalam KUIN. Pentadbiran semakin teruk dan gagal beroperasi dengan baik.