Pages

Wednesday 16 May 2012

JAMIL PENGECUT : TAK JAWAB ISU KEWANGAN KUIN. SEMBUNYI BELAKANG MB KEDAH

REKTOR PERLU TAMPIL MENJAWAB SEGALA PERMASALAHAN KUIN
Melihat kepada situasi kebelakangan ini  pelbagai permasalahan dalaman KUIN  telah menjadi bualan umum dengan isu-isu yang berlaku seperti berikut :
  •           Kenaikan Yuran yang mendadak kepada pelajar Ijazah Pengajian Islam daripada RM 60 kepada RM 200 per/jam kredit
  •           Caj yang tidak masuk akal RM 25 kepada pemohon baru yang ingin menyemak status permohonan kemasukan.
  •           Wujudnya seorang yang telah dijatuhkan hukuman mahkamah kerana kesalahan berkaitan pengurusan kewangan dan beliau kini sedang berkhidmat di dalam Insaniah Holdings
  •           Masalah Kewangan sehingga pembayaran pembiyaan pinjaman bank, dan institusi kewangan yang telah dipotong daripada gaji staf tidak di buat berbulan-bulan.
Setelah krisis dalaman ini dibongkarkan,  pihak KUIN memandang sepi dan seoalah-olah isu ini dipandang remeh dengan hanya membiarkan Datuk Seri Ustaz Azizan , Menteri Besar Kedah menjawabnya. Seolah-olah kesalahan ini diletakkan sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri Kedah semata-mata sedangkan KUIN hanyalah bernaung di bawah Kerajaan Negeri, dan sepatutnya pihak Rektor KUIN Dato Dr Jamil Osman yang menjadi peneraju KUIN perlu bangkit menjawab semua isu dan persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat.


Dato Jamil perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Bermula daripada krisis tindakan penggantungan pengajian satu hingga dua semester kepada 5 orang mahasiswa pada tahun lalu hingga isu krisis kewangan KUIN yang kritikal , Dato’ Jamil gagal mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan keadaan yang sebenar. Apabila media menghubunginya beliau mengambil sikap lari dan tidak menjawab persoalan media. Hasilnya Dato Seri Ustaz Azizan Razak terpaksa menjawab semua persoalan yang dibangkitkan


Sehubungan itu saya mewakili suara mahasiswa KUIN dan Wacth 13  mendesak agar Dato’ Jamil Osman, Rektor KUIN lebih berani agar tampil menjawab semua isu yang berlaku , apatah lagi hampir menjelang pilihanraya umum ke 13. Sikap mendiam diri Dato Jamil seolah – olah merupakan sabotaj dan silent protest yang dilakukan kepada Pakatan Rakyat yang memerintah Kedah selama 4 tahun.
-end-