Pages

Thursday 14 March 2013

BERSIH KUIN JAWAB PUTAR BELIT AZIZAN DAN FIRDAUS PRO



Pihak BERSIH KUIN menerusi email yang dihantar menjawab hujjah tak lojik Azizan dan Mr F dengan hujah dan fakta selebar 5 helaian muka surat (jika diprint A4):

KAITKAN ASRAMA DENGAN STADIUM DARUL IMAN UNTUK TUTUP KELEMAHAN AZIZAN

Mengulas mengenai kenyataan media Pengerusi Lembaga KUIN dua hari yang lalu , Azizan menuduh kegagalan menyiapkan asrama adalah kerana penilaian terhadap bahan binaan perlu dilakukan semual setelah berlaku insiden runtuhan stadium di Terengganu.

JAWAPAN

Kita bukan menentang pembinaan dan perpindahan ke Kampus Kuala Ketil , tetapi cara pentadbiran JAZAN (Jamil dan Azizan) yang terburu-buru mahu pindah ke Kuala Ketil sehingga menimbulkan masalah terutama pengajian dan pelajar KUIN.

Menurut jadual asal perpindahan KUIN daripada kampus Mergong ke kampus Kuala Ketil akan bermula pada bulan Mei 2013, iaitu selepas para pelajar tamat sesi peperiksaan pengajian bagi tahun 2012/2013 pada akhir April.  Ketika itu pelajar akan bercuti sehingga bulan Jun. Dalam tempoh tersebut asrama di Taman INSANIAH dijangka siap, pengajian sesi sekarang tidak akan terganggu, proses perpindahan dapat dilakukan dengan sempurna.

Namun sikap terburu-buru KUIN berpindah ke Kuala Ketil adalah sesuata yang tidak sepatutnya berlaku dan menimbulkan masalah termasuk masalah asrama pelajar dan pengajaran. Bila pindah awal , asrama tak ada, buat asrama pasang siap sehingga hari ini tak siap-siap, pengajian pelajar ditunda sebanyak dua kali sehingga menjadikan cuti pertengahan semester selama hampir 2 bulan. Jika buat kerja secara Islam, sudah pasti masalah dapat diatasi. Kenapa harus pindah awal jika Azizan tahu asrama di Taman Insaniah akan siap pada Julai 2013 ?

Azizan yang memberi hujjah , kelewatan asrama berpunca daripada runtuhan stadium Terengganu sebenarnya hanya mahu menutup kelemahan dirinya.

Tiada sangkutan dan kaitan antara keruntuhan bumbung Stadium Darul Iman  dan pembinaan asrama dan masjid KUIN.

Perancangan pembinaan dan pelan kampus KUIN Kuala Ketil sudah bermula seawal 2009. Di dalam pelan asal kampus Kuala Ketil, masjid dan asrama adalah termasuk di antara kemudahan yang yang akan dibina oleh Kedah Sato Sdn Bhd.

Manakala perjanjian bagi penyediaan kemudahan kewangan antara pihak Kedah Sato Sdn Bhd (KSSB) bersama Bank Islam dan Affin Islamic Bank dibuat pada 22 februari 2010 . Bank Islam (M) Bhd. (Bank Islam) menjadi pengatur utama   menawarkan kemudahan kewangan Islam bersindiket bernilai RM330 juta dan Affin Islamic Bank menjadi pengatur bersama.

Runtuhan bumbung Stadium Darul Iman pula berlaku kali pertama pada Februari 2009 dan kali kedua pada Februari tahun ini.

Fakta tarikh di atas membuktikan perancangan awal di dalam pembinaan asrama dan masjid sudah mengambil kira kos dan specifikasi bekalan dan bahan binaan dan perjanjian pinjaman kewangan sudah dilakukan pada Februari 2010 sedangkan runtuhan kali pertama hanyalah pada awal 2009.

Jika nak dikaitkan dengan runtuhan 2013 , lagilah tak logik sebab bangunan dah siap dibina, tak kan baru nak bincang mengenai specifikasi bahan binaan kot!

Azizan kena buat kerja ikut Islam. Bila dalam pelan asal ada asrama dan masjid tetapi bila siap tidak ada sedangkan kos pembinaan adalah kos yang sama iaitu 330 juta, kemudian nak tutup kelemahan Azizan, dia salahkan stadium Darul Iman. Jangan jadi kisah lagu bangau oh bangau yang sentiasa mencari salah orang lain. Kami bimbang ada benda yang tak kena . Lagi bimbang hilang keberkatan dari Allah. 

PENEMPATAN ASRAMA DALAM BILIK KULIAH


Mengulas kenyataan Pegawai Perhubungan Awam KUIN dalam akhabr SINAR pada 13 Mac yang lalu dengan mengatakan bahawa , penempatan asrama pelajar sementara wajar di buat di bangunan kuliah kerana bangunan tersebut belum di ‘gazet’kan.

JAWAPAN

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini ketika lawatan mengejut ke KUIN menegaskan bahawa bilik kuliah tidak boleh dijadikan asrama. Ini bukan soal gazet. Bangunan kuliah itu memang buat dengan mengambil kira ‘spec’ sebagai bilik kuliah dan di dalam pelan pun menunjukkan ia adalah bilik kuliah. Nak gazet ka atau tak mahu gazet , ia tetap bilik kuliah.

Takkanlah sebuah kereta telah siap dipasang, disebabkan belum didaftarkan lagi , kita nak gazetkan kereta itu sebagai basikal pulak. Ini tak masuk akal, kereta tetap adalah kereta walaupun belum didaftarkan pendaftaran kereta. Macam itu jugalah bangunan , kita dapat mengetahui ia bangunan apa berdasarkan kepada pelan yang dilukis.

Namun pihak kakitangan KUIN menyerahkan hal ini kepada pihak KPT untuk menyelesaikannyakeran yakin pihak KPT lebih arif dan mengetahui soal IPT dan perundangan yang berkaitan dengannya.

 AZIZAN TAK JAWAB HUJJAH KAKITANGAN KUIN DAKWAAN TERHADAP JAMIL

Menteri  Besar Kedah selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN sehingga kini gagal menjawab tuntutan dan desakan kakitangan KUIN mengenai penyelewengan dan kerugian anak syarikat milik KUIN sehingga melibatkan krisis parah kewangan KUIN.

Antara isu yang dibangkitkan yang gagal dijawab secara professional oleh Azizan ialah :

1.Tindakan Rektor KUIN, Jamil Osman yang mengarahkan pegawainya membuat dokumen palsu dan digunakan di dalam Mahkamah Tinggi Alor Setar ketika berhadapan dengan tidakan saman sebuah syarikat kerana keengganan KUIN membayar hutang seperti yang termaktub di dalam kontrak perjanjian.

2.Isu kewujudan anak-anak syarikat KUIN yang langsung tidak mendatangkan keuntungan bahkan memberi implikasi kewangan sangat kritikal kepada KUIN. Azizan sebelum ini hanya menjawab dengan mengatakan dia tak tahu yang Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB) mengalami kerugian . Yang peliknya macamana dia tak tahu sedangkan dia terlibat dalam IHSB.

Buktinya pada tahun 2011 pihak Insaniah Holdings telah menggunakan duit KUIN sebanyak RM6 juta.

Pada tahun 2012 kadar emolumen dan perbelanjaan Insaniah Holdings Sdn Bhd yang menggunakan wang KUIN naik mendadak 2 kali ganda iaitu  sebanyak RM12 juta sedangkan pendapatan Insaniah Holding daripada Yuran Pengajian yang diambil daripada pelajar yang berada di bawah Kuliah yang ditadbir oleh Insaniah Holdings hanya sbanyak 3.5 juta sahaja (2012). Itu pun kalau dicampur dengan kos yang mereka ambil untuk yuran akses internet pelajar sebanyak lebih kurng 360,000.00 setahun baru tak sampai 4 juta setahun

Bayangkan dengan kadar operasi Insaniah Holdings yang sangat tinggi dan setiap bulan buat memo minta duit KUIN untuk bayar gaji kakitangan Insaniah Holdings, sudah pastilah kewangan KUIN akan menjadi huru hara , lintang pukang.

3.Pertindihan kuasa Jamil selaku Rektor KUIN dan pada masa yang sama beliau juga sebagai Ketua Eksekutif Insaniah Holdings Sdn Bhd  pada tahun lalu , apabila Jamil meluluskan tranksaksi kewangan antara KUIN dan IHSB. Bila IHSB perlukan duit,  maka IHSB menerusi kuasa Jamil sebagai Ketua eksekutif IHSB akan memohon duit daripada KUIN , kemudian Jamil juga sebagai Rektor KUIN pada masa yang sama meluluskan permohonan tersebut untuk menyalurkan duit KUIN ke Insaniah Holdings Sdn Bhd. Dia minta , dia lulus , dia tandatangan cek bayaran.

4.Terdapat beberapa dokumen dalam penyediaan dokumen setara KUIN 2011 yang boleh dipertikaikan dan disembunyikan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi . Proses setara 2011 adalah proses dokumentasi. Jamil telah mengarahkan pegawainya bagi mewujudkan dokumen yang tidak wujud sebelum ini dan melakukan ‘back dated’ tarikh dokumen untuk tujuan tersebut

5.Gaji kakitangan yang telah dipotong daripada gaji masing-masing dan pemotongan tersebut dinyatakan dengan jelas di dalam slip gaji namun malangnya pihak KUIN tidak membuat pembayaran yang sepatutnya kepada pihak Bank dan pihak ketiga sehingga kakitangan KUIN terpaksa menanggung gangguan emosi kehidupan apabila pihak bank menghantar surat denda, surat saman dan ada bank yang mahu menarik kenderaan kakitangan. Persoalannya , jika duit telah dipotong tetapi tidak dibayar sebagaimana diamanahkan, kemanakah duit ini digunakan dan di’pusing’ ?

5 perkara di atas adalah sebahagian daripada penyelewengan dan kurapsi pentadbiran dan kewangan KUIN di bawah kepimpinan Jamil. Sebab itulah kita suruh tubuh jawatankuasa siasatan secara telus terhadap apa yang berlaku di dalam KUIN, bukan mengheret KUIN ke dalam kancah politik. Bila kita jumpa dia (Azizan) dia tak mahu percaya maklumat yang kita bagi dekat dia, lepas itu dia tuduh kakitangan tak berbincang dengan dia. Bila kita suruh tubuh jawatankuasa siasatan , dia tak mahu pulak. Adakah sebab Jamil tu kawan dia atau Azizan pun ada kepentingan tertentu dalam KUIN ?

Sehubungan itu di dalam akhbar kemarin, Azizan hanya menjawab isu penempatan asrama sahaja dan Azizan tak jawab isu KUIN secara menyeluruh . Sudah 4 minggu kita tunggu Azizan berikan jawapan namun Azizan gentar berhadapan dengan isu berfakta yang dikemukakan oleh kakitangan KUIN. Azizan sila jawab dakwaan kami dengan hujjah fakta bukan dengan emosi dan politik.

AZIZAN PERLU AMBIL TINDAKAN DIDIPLIN KE ATAS JAMIL

Selain itu Azizan perlu mengambil tindakan disiplin kepada Jamil kerana terang-terangan Jamil telah mengaku melakukan kesalahan yang didakwanya ‘terlepas pandang’ sehingga KUIN terpaksa membayar denda sebanyak RM 272,000 setelah didapati mengambil pelajar tidak memenuhi syarat . Bahkan Jamil menyalahkan pihak KPT dengan dakwaan syarat lulus STAM adalah syarat baru.

Sedangkan Jamil sendiri telah menandatangani surat perjanjian akademik (MoU) antara KUIN dan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Pokok Sena dan di dalam MoU tersebut tetap dinyatakan dalam perkara 4 (Peruntukan Am) bahawa seseorang calon yang hendak memasuki program tersebut (Ijazah Sarjana Muda Syariah) hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Perjanjian tersebut ditandatangani sendiri oleh Jamil mewakili KUIN dan Haji Zawawi bin Haji Ahmad, Ketua Eksekutif KIDU dan disaksikan sendiri oleh YAB Dato Seri Azizan Abdul Razak  dan YB Dato Taulan Rasul.

Ini membuktikan sebenarnya Jamil bukan terlepas pandang kerana Jamil sendiri yang tahu dan menandatangani MoU antara KUIN dan KIDU. Jamil sewajarnya dikenakan surcaj dan tindakan disiplin.