Pages

Monday 11 March 2013

AZIZAN HARUS KENAKAN SURCAJ KEPADA JAMIL KERANA CUAI RUGIKAN DUIT RAKYAT

Kakitangan KUIN tak boleh terima alasan Jamil terlepas pandang kerana belliau pernah dimaklumkan dan mengetahui syarat kemasukan pelajar. Beliau perlu DIAMBIL TINDAKAN SURCAJ
 Hari ini di dalam akhbar tempatan Jamil mengakui terlepas pandang kepada kesalahan besar yang dilakukan sehingga pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) telah mendenda Kuin akibat mengambil pelajar di bawah kelayakan masuk dan akibatnya duit rakyat Kedah akan melayang sebanyak RM272,000. Jumlah ini merupakan satu jumlah yang amat banyak dan boleh digunakan untuk membantu rakyat yang susah dan memerlukan wang untuk hidup.

Kesalahan ini merupakan kesalahan yang serius dan Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas kepada Jamil, Rektor KUIN  yang diamanahkan untuk mengurus Kuin.

Jamil bukanlah sebenarnya terlepas pandang kerana ada beberapa pegawai sudah menegur mengenai perkara yang bersalahan dengan peraturan KPT pada tahun lalu , namun Jamil tak memperdulikan teguran pegawai KUIN. takkanlah Jamil terlepas pandang kot, pegawai KUIN  sudah maklum kepadanya. Ini boleh dketegorikan dalam kes kesalahan yang disengajakan dan boleh dikenakan TINDAKAN SURCAJ .

Persoalannya adakah Azizan akan mengambil tindakan atas kecuaian Jamil. Jika sebelum ini Azizan ambil tindakan tegas terhadap warga Tahfiz Al Quran dan warga Kuin yang mengkritik pengurusan Kuin. Tapi dalam kes Jamil dia memang telah terbukti bersalah dan telah dikenakan kompaun oleh KPT dan jumlah yg dikenakan adalah terlalu banyak dan bakal menjejaskan kewangan Kuin. Jamil wajib dikenaka surcaj

Jika tindakan tidak dikenakan terhadap Jamil ini merupakan tindakan pilih kasih dan kronisme oleh Azizan. Adakah ini adil dan dituntut dalam Islam. Orang bawah dikenakan tindakan tegas tapi bila orang atasan buat salah dan terbukti bersalah, tidak diambil tindakan. Apa pun kita tunggu reaksi Azizan terhadap kekasihnya (Jamil).

Ikan Pauslah katakan , semuanya kebal..... kalau staf yang dianggap ikan bilis ni, tegur kemungkaran pun Azizan dah nak suruh keluar KUIN .. alahai malangnya MB Kedah