Pages

Thursday 14 March 2013

WAN SU VS DEKAN MUAMALAT

Al Kisah pada minggu ini Jamil dalam mesyuarat pengurusan KUIN di Kuala Ketil telah membincangkan beberapa agenda, antaranya ialah mengenai beberapa kakitangan KUIN yang dikenakan tindakan tunjuk sebab kerana membongkarkan penyelewengan Jamil. Turut hadir Ketua-ketua Jabatan yang terlibat dengan 10 orang kena tuduh/tindakan (OKT).

Di dalam perbincangan tersebut agak panas apabila tindakan Wan Su (TR HEP) seolah-olah tidak puas hati dengan Dekan Muamalat walaupun sebenarnya itu hanyalah mesyuarat perbincangan.

Wan Su seolah-olah nampak reaksi Dekan Muamalat agak kurang  sehinggakan kakitangan di bawahnya berani uuntuk menentang Jamil . Wan Su dulu pun dekan Kuliah Muamalat, tapi dah tak jadi Dekan kenapa sekarang baru nak kacau kerja Dekan baru. 

Bahkan Wan Su kena sedar , beliau adalah orang yang bertanggungjawab terhadap asrama pelajar, tapi tugasnya pun tak dilaksana tapi dok nampak salah orang lain pulak. Adakah Wan Su sedar bahawa lingkupnya dan huru haranya asrama disebabkan oleh kepimpinan beliau yang gagal mencari penginapan gantian kepada pelajar yang akan memulakan pengajian Ahad ini . Tidak wujudnya penginapan ini membuktikan kelemahan pengurusan dan kepimpinannya sehingga imej KUIN tercalar. Wan Su perlu dikenakan surat tunjuk sebab jugak....