Pages

Tuesday 19 March 2013

EMAIL DARI SEORANG AHLI BERSIH KUIN YANG HADIR

SUASANA DI KUIN KUALA KETIL SEIRAS LAHAD DATU
 
Hari ni, walaupun 10 orang kuat bersih KUIN tiada namun maklumat boleh juga dikeluarkan. macam yang berlaku kepada pengikut-pengikut  bersih KUIN.
 
Dengan penuh rasa takut Kapten H telah mempergunakan pelbagai pihak utk memastikan keadaan Kuala Ketil  bersih tanpa skuad bersih Kuin.

Tetapi apakan daya ternyata teknik ketenteraan yang digunakan oleh kepten H telah lapuk. Skuad bersih KUIN lagi pandai menyelinap masuk dengan pelbagai cara.

Hidzir dari PRO telah ditahan dengan rakus dan rentap dengan kasar sekumpulan puak unit amal . cara mereka agak kejam seolah-olah menangkap penjenayah dikehendaki. Rakan kami dapat merakam adengan terbabit tetapi masih belum dapat diberikan lagi sebab ada masalah teknikal. 

Ramai lagi staf yang dihalang memasuki ke kampus kerana bimbang dengan skuad bersih. saya nak sarankan kepada pihak pengawal baru, anda masih baru janganlah jadi kambing hitam kepada mereka, ramai anggota ala2 SB la konon, mengawal kawasan kampus. kami sempat mengambil gambar dan hampir2 kantoi dgn kambing2 tersebut. 

Setiap pergerakkan staf dipantau ketat. namun kapten H tak mampu membuat KUIN aman. Wahai Kapten H, ingatlah kenapa kamu berada di KUIN. Fikir2kanlah. strategi anda tak sehebat strategi skuad bersih.