Pages

Monday 11 March 2013

10 KAKITANGAN JAWAB SURAT TUNJUK SEBAB

Mennuju masuk ke dalam Bangunan Canselori

11 Mac - 10 kakitangan yang bakal didakwa oleh KUIN kerana kononya bertindak mengeluarkan kenyataan awam telah menjawab surat tunjuk sebab yang dikenakan pada mereka pada minggu lalu .

Mereka yang diberi tempoh 14 hari dari tarikh menerima surat tersebut telah menyerahkan jawapan surat tunjuk sebab itu kepada Dato Hajjah Latifah Hassan (Pendaftar KUIN) pada jam 12.15 tengahari di Jabatan Pendaftar Kampus Kuala Ketil .
Menuju ke Jabatan Pendaftar

Penyerahan tersebut diketuai oleh Ustaz Azki Ibrahim dan diiringi oleh 6 orang rakan yang lain.

Antara kandungan jawapan surat tersebut,  mereka meminta agar pihak KUIN lebih jelas menunjukkan peruntukan mana yang boleh mereka di dakwa bersalah  , kerana di dalam surat tunjuk sebab itu tidak dimaklumkan.

Kehadiran rombongan ke Jabatan pendaftar disambut ceria dan harmoni oleh kakitangan Jabatan Pendaftar dan Pendaftar dan turut berada bersebelahan bilik Pendaftar ialah En Sayuti.