Pages

Friday, 8 March 2013

BILIK KULIAH JADI ASRAMA : Keputusan pengurusan KUIN cetuskan kontroversi

Utusan Malaysia 9 Mac 2013

Sumber : Utusan Malaysia
JERAI 8 Mac - Satu lagi keputusan pengurusan tertinggi Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mencetuskan kontroversi apabila mereka didakwa menggunakan bangunan kuliah di kampus baharunya di Kuala Ketil dekat sini sebagai penginapan sementara pelajar.

Ketika mendedahkan perkara berkenaan, Penolong Pendaftar Kanan Kuliah Usuluddin, Mohd. Baihaqi Hassan mendakwa, berdasarkan maklumat diterimanya, keperluan penginapan seperti tilam, katil dan almari pelajar dari asrama lama di Alor Setar dibawa masuk ke bilik-bilik kuliah di kampus itu.

Katanya, tindakan tersebut dipercayai bagi menampung kemasukan pelajar pada 17 Mac ini selepas tujuh minggu sesi pengajian pertengahan semester tertangguh ekoran asrama pelajar di situ tidak wujud manakala asrama pasang siap yang dijanjikan dalam empat minggu sehingga kini belum siap.