Pages

Monday 25 March 2013

AZIZAN BOHONG PETIKAN DALAM HARAKAH : TAKUT NAK JAWAB BERHADAPAN SKUAD BERSIH KUIN


Petikan dalam HARAKAH, dikala Azizan datang bulan

Dipetik dari artikel Akhbar Harakah, ruangan F4-Skandal BN-Umno Kedah, 22-24 Mac 2013.


·         Tidak pernah diberi perhatian sewajarnya oleh Kerajaan Umno-BN dahulu;
Siapa tubuhkan KUIN? Apa perhatian yang dimaksudkan oleh Azizan? Adakah perhatian seperti melambakkan kroni masuk ke KUIN itu ialah perhatian?

·         Sejak ditubuhkan 1994 hingga 2008, kekal dengan tujuh program pengajian;
Kuin ditubuhkan pada 1994 atas nama Institut Agama Islam Negeri Kedah. Pada mulanya hanya 3 bidang dalam pengajian Islam iaitu Kulliyyah Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab. Kemudian ditambah lagi 3 bidang pengajian dalam bidang Muamalat iaitu Pengurusan Perniagaan, Perakaunan, dan Teknologi Maklumat. Seterusnya dicampur dengan bidang 1 pengajian Tahfiz menjadikan 7 bidang pengajian sebelum tahun 2008. Kuin digezetkan  pada awalnya ialah untuk bidang pengajian Islam tetapi Azizan telah meninggalkan asas penubuhan KUIN dengan mengenalkan program-program baru yang cuba di Islamkan. Sehingga kini pelajar masih masuk dalam 7 program asal Kuin tersebut dan hampir 90% program baru ciptaan Azizan dan Jamil tak mendapat sambutan. Biaq program sikit, tapi barakahnya ada. Staf dan student tenang, aman, damai…la ni apa dah jadi, 47 program tu la dok jahanamkan  Kuin. Kita tak tolak pertambahan program, tapi buat betoi2….jgn dok tipu, menyusahkan staf dan pelajar.

·         Malah pernah beberapa kali ura-ura untuk menutup atau diserahkan kepada pihak lain;
Ura-ura ditutup dan diserahkan kepada pihak lain ini ialah satu tuduhan tak berasas. Mereka cuba mengalihkan perhatian dalam isu Kuin cuba dibeli oleh sya’ya. Tak da satu ayat pun Kuin akan ditutup atau dijual pada pemerintahan BN. Hang saja reka jaa…Siapa nak jual Kuin sebenarnya? Bukti email dari sya’ya tu macam mana? Azizan cuba salahkan orang lain dalam isu ini sedangkan mereka yang berhajat nak jualkan Kuin kepada rakan baiknya itu.


·         Bangunan kampus di Mergong kekal disewa;
 Bangunan Kuin di Mergong bukannya disewa tetapi dibeli oleh Kuin. Pengerusi Lembaga Pengarah saja tapi tak tau apa!!! Buktikan bangunan itu disewa. Jangan cakap saja. Kami ada bukti bangunan mergong milik Kuin. Blok A dan Blok C dibeli dengan membuat pinjaman dengan Bank Islam sama seperti Azizan buat Kuala Ketil. Pinjam Bank. Cuma bezanya di Mergong Kuin bayar sendiri tetapi di Kuala Ketil BDB yang akan bayar. Blok B dan Blok D pula dibina oleh Kerajaan negeri masa itu.

·         Di bawah Pakatan Rakyat, KUIN diberi nafas bertenaga, program pengajian ditambah sehingga kini 47 program dari Asasi hingga doktor falsafah;
 47 program tapi bilangan pelajar masuk makin berkurangan. Bangga pada banyak program tetapi majoriti pelajar masih dari 7 program asal. Untuk apa dok canang 47 program tu, sedangkan kemasukkan pelajar jadi tunggang langgang. Sudah-sudahla Azizan oii nak muhung orang kampung. Buat banyak program baru supaya hg boleh bawak balik banyak kroni hang masuk dalam Kuin. Semua letak gaji tinggi-tinggi. Dengar khabar gaji Ketua Pustakawan baru S52 diberi pada tangga P2 T8. Tak tinggi lagi ka tu???Gila paaa…….

·         Kampus tetap baru dibina di Kuala Ketil, kos RM330 juta menerusi pinjaman bank;
Kenapa selalu dok canang buat kampus baru tanpa bantuan pusat. Apa kena mengena pusat dan negeri. Kuin milik negeri. Tanggungjawab negeri la. Akhirnya mengaku juga pinjam Bank. Kena habaq kat rakyat Kedah kampus tu bina dengan pinjaman Bank. Bukan bina dengan potong elaun mesyuarat MB dan Exco yang naik tu. RM 330 juta tuuu nak bayaq sampi 15 tahun…setahun RM40 juta lebih, cuba hang pa kali la dengan 15 tahun…berapa???

·         Kacau-ganggu diteruskan terhadap KUIN sehingga hari ini.
Apa kacau-ganggu tu Azizan? Buat minit mesyuarat palsu, tak bayaq gaji, tak bayaq potongan, tak bina asrama ka maksud hang? Yang tu ka hang punya buah hati pengarang jantung la punya kacau-ganggu staf dan student.