Pages

Wednesday 13 March 2013

JAWAPAN PUTAR BELIT JAMIL DALAM NSTP


NSTP 12 Mac halaman 28

KENYATAAN 1

Menurut kenyataan Rektor KUIN di dalam akhbar  NSTP Selasa halaman 28 , “ Jamil berkata bahawa KUIN terlepas pandangn , pelajar harus lulus peperiksaan STAM sebelum memasuki KUIN. Itu (syarat tersebut) adalah ketetapan baru”

Jawapan kenyataan tersebut

Jamil cuba mengelak diri dari menyalahkan dirinya yang cuai dalam mentadbir KUIN sehingga menyebabkan KUIN didenda sebanyak RM 272,000.00 dan jumlah ini adalah satu jumlah yang sangat besar. Jamil sepatutnya dikenakan tindakan surcaj di atas kecuaian dan kesalahan tersebut
Namun Jamil mengelak diri dan  seakan-akan cuba menyalahkan peraturan  kemasukan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi iaitu kemasukan bagi program Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan mesti lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kononnya sebagai syarat yang baru ditetapkan.

Sebenarnya syarat tersebut adalah syarat asal dan tiada penambahan syarat baru STAM  di dalam syarat untuk memasuki Kulliyyah Syariah di KUIN:

1.Pada November  tahun  2006 pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah meluluskan permohonan mengendalikan kursus Ijazah Sarjana Muda Syariah kepada KUIN dengan menetapkan kelayakan masuk dengan hendaklah lulus STAM

2.Pada 23 November 2010 pihak KUIN telah menandatangani surat perjanjian akademik (MoU) antara KUIN dan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Pokok Sena Di dalam MoU tersebut tetap dinyatakan dalam perkara 4 (Peruntukan Am) bahawa seseorang calon yang hendak memasuki program tersebut (Ijazah Sarjana Muda Syariah) hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Perjanjian tersebut ditandatangani sendiri oleh Jamil mewakili KUIN dan Haji Zawawi bin Haji Ahmad, Ketua Eksekutif KIDU dan disaksikan sendiri oleh YAB Dato Seri Azizan Abdul Razak  dan YB Dato Taulan Rasul.

3.Pada Januari tahun 2011 pihak KUIN pernah memohon untuk menukar kelayakan masuk bagi program Ijazah sarjana Muda Syariah dan ianya diluluskan oleh KPT , namun masih mengekalkan kelayakan masuk dengan syarat yang sama iaitu pelajar mestilah  lulus STAM.

Kenyataan di atas sebagai bukti sebenarnya Jamil bukan terlepas pandang kerana Jamil sendiri yang tahu dan menandatangani MoU antara KUIN dan KIDU.

Apa yang malangnya, Jamil mengetahui bahawa pelajar yang tidak cukup syarat seperti yang ditetapkan KPT iaitu mesti lulus STAM telah dihantar belajar di KIDU, manakala pelajar  yang memenuhi syarat pula dimasukkan ke KUIN kampus Mergong.

Adakah ini terlepas pandang namanya dan  syarat baru yang ditetapkan oleh KPT? Syarat tersebut adalah syarat yang lama dan tersedia diguna pakai sejak sebelumnya.Bukti fakta di atas dapat merongkai semua putar belit kenyataan yang dikeluarkan Jamil.

KENYATAAN 2

Menurut kenyataan Rektor KUIN di dalam akhbar  NSTP Selasa halaman yang sama  , “kakitangan KUIN sepatutnya menggunakan  saluran yang ada untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah yang timbul tetapi mereka menggunakan media”

Jawapan kenyataan tersebut


Jamil dan Azizan atau lebih dikenali dengan JAZAN oleh kakitangan KUIN memang merupakan individu yang tidak mahu berbincang dan menutup pintu perbincangan bahkan mereka sering menjadikan alas an “datang berbincang” sebagai umpan untuk menutup kelemahan kepimpinan mereka.

Bersama ini disenaraikan diplomasi dan usaha kakitangan KUIN untuk berbincang dengan JAZAN namun segalanya adalah hanya retorik semata-mata :

Pada 14 Mei 2012 

Pihak wakil kakitangan KUIN telah bertemu dengan YAB MB Kedah di Kediamannya di Jalan Sultanah jam 8.50 malam. Seramai 6 orang kakitangan KUIN menyertai pertemuan tersebut bagi menjelaskan isu yang sebenar yang berlaku di dalam KUIN. Namun hasilnya negatif kerana Azizan masih mempercayai maklumat Jamil berbanding aduan daripada kakitangan KUIN.

20 Mei 2012

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) , sebuah jawatankuasa yang mewakili semua lapisan kakitangan pelbagai gred  jawatan telah mengemukakan memorandum tuntutan penyelesaiaan hal berkaitan kebajikan KUIN kepada Rektor KUIN terutama mengenai soal penggajian , tunggakan bayar di bank dan pihak ketiga sedangkan gaji kakitangan telah dipotong daripada slip gaji dan pemakaian pekeliling baru Kerajaan. Memorandum dihantar kepada Rektor dan di buat salinan kepada pengerusi (Azizan) dan semua ahli Lembaga Pengarah KUIN dan semua ahli Mesyuarat Tertinggi KUIN, namun tidak ada sebarang tindakan susulan

30 Mei  2012

5 orang wakil kakitangan KUIN  telah mengadakan pertemuan dengan Rektor KUIN pada jam 12.30 pm, namun dalam petemuan tersebut Jamil hanya ingin bertemu dengan seorang wakil sahaja iaitu Us Azki sendiri. Dalam pertemuan tersebut Jamil memandang dingin terhadap isu yang dikemukakan di dalam memorandum sebaliknya banyak menyoal tentang 'validility' dan tidak mengiktiraf MBJ sebagai badan yang membawa isu kebajikan kakitangan bahkan selepas perjumpaan dilakukan pada jam 4.00 petang Us Azki  terus ditukar tempat bertugas ke Baling serta merta dan surat pertukaran ditandatangani oleh Rektor sendiri bukan Jabatan Pendaftar.

19 Jun 2012

Memorandum kedua telah diserahkan kepada YAB MB Kedah melalui YB Dato’ Taulan ketika merasmikan Majlis Perasmian Budaya Kualiti KUIN di Dewan KUIN. 

20 Jun 2012
 Satu surat memo  ditulis kepada Rektor agar segera mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan semua kakitangan KUIN secara tertutup bagi menjelaskan isu yang berbangkit secara harmoni namun sehingga kini Rektor KUIN langsung tidak memberi tindakbalas dan respon terhadap perjumpaan tersebut.

15 Januari 2013

Jamil, Rektor KUIN  mengadakan perjumpaan dengan kakitangan KUIN. Kakitangan KUIN menyambut baik perjumpaan tersebut dan hadir beramai-ramai kerana mengharapkan agar masalah kebajikan kakitangan dapat dibincang dan diselesaikan secara tertutup. Namun sebaik sahaja Jamil tamat ucapannya, beliau melarikan diri keluar daripada dewan walaupun ditahan dan didesak kakitangan KUIN agar jangan keluar kerana banyak masalah isu kebajikan yang perlu dibincangkan, namun Jamil keluar dewan bagi mengelak sesi soal jawab dengan kakitangan.

Kenyataan di atas membuktikan kami telah melakukan pelbagai cara terbaik untuk berbincang dengan JAZAN namun seperti saya katakan bahawa mereka bukanlah jenis pemimpin yang mahu berbincang dengan orang bawahan bahkan hanya berani menggunakan kuasa untuk menghukum sesuatu dengan kuasa autokratik di dalam kepimpinan mereka.