Pages

Sunday 10 March 2013

JAMIL PERLU CAKAP BETUL DENGAN KPT, ASRAMA TIDAK AKAN BOLEH DISIAPKAN SEBELUM 17 MAC


Tapak asrama pasang siap diambil pada 11 Mac 2013 jam 11.20 pagi
11 Mac 2013

Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sebagai reaksi kepada lawatan pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semalam pihak kakitangan KUIN mengucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan pihak KPT bagi membantu kekusutan dan masalah KUIN yang semakin kritikal.

ASRAMA PASANG SIAP

Tapak asrama pasang siap diambil pada 11 Mac 2013 jam 11.20 pagi
Tapak asrama pasang siap diambil pada 11 Mac 2013 jam 11.20 pagi
Di dalam sidang media semalam pihak KPT memaklumkan bahawa pihak KUIN berjanji akan dapat menyiapkan asrama pelajar selewat-lewatnya pada 17  Mac ini iaitu sebelum para pelajar akan memulakan sesi pengajian mereka minggu hadapan. Jika tidak ia akan mengganggu proses pembelajaran di sini.

Namun apa yang dibimbangkan berdasarkan pemerhatian kami di kampus KUIN Kuala Ketil pada hari ini, asrama pelajar yang ingin dibuat KUIN secara pasang siap masih dalam keadaan  pembinaan asas. Hanya konkrit tapak sahaja yang baru kelihatan, tiang dan dinding belum ada dan belum dipasang. Bagi kami adalah mustahil ia akan dapat disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan kepada pihak KPT. Pihak kakitangan bimbang dengan cara pengurusan KUIN sebegini , KUIN berkemungkinan akan dikenakan tindakan  kali kedua oleh pihak KPT kerana gagal untuk menyediakan kemudahan asas kepada para pelajar yang akan memulakan pengajian mereka pada minggu hadapan.

Sehubungan itu saya mewakili kakitangan KUIN yang lain mendesak agar pihak Rektor bertanggungjawab dalam hal ini  demi kebajikan pelajar dan kakitangan . Apa yang dicakap mesti betul dengan keadaan yang sebenarnya di dalam KUIN, jangan hanya pandai berjanji sahaja tetapi tak pandai laksanaka janji. Kami bimbang imej KUIN akan lebih tercalar dan masalah akan menjadi lebih kusut dan kronik.

KOMEN MENGENAI TINDAKAN DISIPLIN

Mengenai surat yang dikeluarkan KUIN bagi mengenakan tindakan disiplin, ia adalah tidak professional kerana kakitangan ditutup pintu perbincangan yang hanya mahu menyuarakan hak kebajikan kakitangan disamping mencegah kemungkaran yang telah dilakukan oleh Rektor KUIN.

Dimanakah proses amar makruf nahi mungkar yang perlu diaplikasikan di dalam sesebuah organisasi? Adakah wajar orang yang mencegah kemungkaran diambil tindakan sebaliknya orang yang melakukan kemungkaran dibiarkan begitu sahaja.

Saya menyokong ulasan KPT semalam yang menyelar tindakan KUIN mengenakan tindakan dengan ugutan kepada kakitangan yang menyuarakan hak demi kebajikan mereka. Sewajarnya KUIN berunding dengan kakitangan bagi menyelesaikan masalah. Tindakan ingin membuang kakitangan KUIN tidak akan menyelesaikan masalah bahkanmemburukkan keadaan. Pihak KUIN perlu mencari punca masalah yang berlaku

DESAKAN KAKITANGAN KUIN

Bilik kuliah dijadikan asrama
Asrama dalam bilik Kuliah
Sehubungan itu pihak kakitangan KUIN mendesak agar Rektor KUIN bertanggungjawab dengan kompaun yang telah dikenakan oleh pihak KPT kerana ia menunjukkan kelemahan pentadbiran KUIN di bawah Jamil selaku Rektor. Jika Rektor KUIN merasa tidak mampu untuk menguruskan KUIN dan tidak mampu menjaga kebajikan kakitangan dan pelajar cara yang terbaik ialah Jamil mengundurkan diri daripada jawatan Rektor.

Jangan sampai ada kompaun yang kedua atau tindakan seterusnya  yang bakal dikenakanoleh KPT. Buat kerja kena macam orang Islam.

Semua tuntutan yang disuarakan oleh kakitangan KUIN seperti membayar gaji kepada pihak ketiga pada masanya, kenaikan gaji  dan elaun seperti dinikmati oleh pekerja di Jabatan yang lain, membenteras kurapsi kewangan dan pentadbiran, mengurus kewangan dengan amanah dan lain-lain lagi dapat ditunaikan demi masa hadapan kebajikan kakitangan.