Pages

Monday 11 March 2013

JAMIL KATA PADA KPT AKAUN KUIN 2011 POSITIF, STAF KUIN TAHU JAMIL TELAH BOHONG KEPADA KPT , KPT SILA SIASAT

Jamil terang-terangan tipu Ketua Pengarah KPT

Jamil dalam taklimatnya kepada Prof Dato Dr Rujhan, Ketua Pengarah KPT ketika lawatan mengejut semalam telah melaporkan kepada pihak KPT bahawa akaun Kuin 2011 adalah POSITIF!!!. Dari apa yg kita ketahui walaupun sudah masuk 2013 tetapi bayaran kepada pembekal untuk pembekalan tahun 2011 masih belum selesai lagi.

Untuk makluman surat saman yg diterima daripada 3 pembekal alatan untuk Kuliah perubatan yang harganya lebih kurang RM1.2 juta adalah dibuat pada tahun 2011.Sebenarnya banyak lagi pembekal yang sekarang ini sedang menuntut bayaran mereka bagi tahun 2011. Para pembekal ini khabarnya akan membuat laporan polis tidak lama lagi kerana tidak tahan lagi menunggu bayaran dari Kuin.

Kita tengok mcmana Jamil nak modified akaun 2011 untuk menunjukkan yang akaun tersebut adalah positif. Adakah Kartina (Pengurus Kewangan KUIN) pulak akan diarahkan untuk buat akaun untuk tunjukkan positif. Tapi kalau tak tipu bukan Kuin la namanya.

Menurut Dato Rujhan , beliau dan 2 orang pegawainya semasa lawatan mengejut menunggu bendahari KUIN untuk mendapat penjelasan kewangan , namun sehingga akhir lawatan jam 11.30 pagi dan beliau amat kesal kerana Bendahari gagal hadir. Mungkin Dato Rujhan tak mengetahui bahawa orang yang mengurus kewangan KUIN kini sudah diisytihar bankrap oleh Jabatan Insolvensi dan sepatutnya tidak boleh berada dalam jawatan penting seperti itu.