Pages

Saturday 2 March 2013

DATO' PERLU IKUT PROSUDER TUNJUK SEBAB YANG BETUL - KENA ADA RUJUKAN UNDANG-UNDANG MANA YANG DIRUJUK


Dato L , Pendaftar KUIN perlu memasukkan dalam surat tunjuk sebab mana sumber undang-undang yang dirujuk KUIN untuk mensabitkan kesalahan kakitangan.. Cuba tengok contoh kesalahan didiplin yang boleh dikenakan kepada Jamil.



Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman
Rektor
Kolej Universiti Insaniah
Kedah Darul Aman

Prof.,

SURAT TUNJUK SEBAB

Perkara di atas dirujuk dan berkaitan.

2.       Pihak pentadbiran mendapati bahawa Prof. selaku  Rektor dan Ketua Eksekutif Kolej Universiti Insaniah didapati  gagal mentadbir sebuah IPT dengan cekap dan amanah sehingga mengakibatkan krisis kewangan yang serius.

3.       Di bawah Perkara 33 Akta 555 (Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996): Kewajipan Ketua Eksekutif;
33. Ketua Eksekutif hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan perlembagaan institusi pendidikan tinggi swasta itu, menjalankan penyeliaan am ke atas perkiraan bagi ajaran, pentadbiran, urusan hari ke hari, kebajikan dan disiplin di institusi pendidikan tinggi swasta itu.

4.       Pihak pentadbiran memandang berat pelanggaran tatakelakuan yang serius ini yang boleh mengakibatkan hukuman tatatertib didenda RM200,000.00 atau dihukum penjara selama 2 tahun.

5.       Sehubungan dengan itu, sila Prof. beri penjelasan secara bertulis dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan surat ini mengapa tindakan tatatertib tidak boleh diambil ke atas Prof.  Sekiranya Prof. gagal memberi sebarang jawapan dalam tempoh yang dinyatakan, maka tindakan tatatertib akan diambil ke atas Prof. berdasarkan maklumat yang ada.

Sekian, harap maklum.

‘KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT’

Yang menjalankan tugas,


(DATO’ HAJAH LATIFAH BINTI HASSAN, DSDK., PPS., AMK., PJK.)
Pendaftar

s.k      .YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
          .YAB Menteri Besar Kedah
          .Fail Peribadi