Pages

Wednesday 20 March 2013

KEHADIRAN 50 PETUGAS PAS BUKTI KERAJAAN NEGERI GUNA PENGARUH POLITIK DI KUIN

Sebahagian petugas  PAS dari Unit Amal & MTD Kuala Ketil lebih sudu dari kuah, berlagak jadi pengawal keselamatan KUIN, Nak kerja KUIN kena isi borang bukan rampasan kuasa. Ini Universiti bukan Sulu

Sumber :
Bernama 

 ALOR SETAR, 20 Mac (Bernama) -- Kehadiran lebih 50 anggota Unit Amal PAS dan petugas Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Kuala Ketil di kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil semalam membuktikan kerajaan negeri membawa pengaruh politik ke kolej itu.

Mereka yang memakai vest dengan logo PAS bertugas mengawal pegerakan petugas Kuin pada majlis ''Jasamu Dikenang'' yang dirasmikan anggota Exco kerajaan negeri Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, mewakili Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, semalam.

 Pensyarah Muamalah kolej itu, Sajiah Yakob dalam kenyataan berkata sebelum ini menteri besar menuduh pensyarah kolej yang menentangnya sebagai ejen Umno dan Kuin sepatutnya bebas daripada politik.

Bagaimanapun kehadiran anggota Unit Amal dan petugas MTD itu membuktikan kolej berkenaan terlibat dengan pembangkang dan mereka melarang 10 kakitangan kolej yang menerima surat tunjuk sebab, daripada masuk kawasan kolej.

"Persoalannya siapa yang membawa masuk petugas PAS dan apa hak mereka menahan kakitangan Kuin dalam kampus? Siapa yang memberi kuasa kepada mereka untuk mengusir dan melakukan kekerasan kepada beberapa kakitangan Kuin daripada menghadiri majlis yang berlangsung semalam?," katanya.

Sajiah berkata semua bas yang masuk ke kolej, ditahan para petugas PAS untuk memastikan 10 orang kakitangan KUIN yang diharamkan Rektor Kuin Prof Datuk Dr Jamil Osman masuk ke dalam kolej itu, tiada dalam bas.

Sajiah yang mewakili 400 orang kakitangan Kuin melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan tindakan itu dan menambah, Kuin tidak sepatutnya menutup kelemahan dengan memasukkan unsur politik ke dalam kampus.

"Tindakan tidak profesional yang ditunjukkan oleh petugas PAS ini membuktikan campur tangan orang luar dalam menyelesaikan kemelut Kuin," katanya.


 Beliau berkata Jamil terlalu takut kononnya skuad Bersih Kuin akan menyerahkan memorandum kepada menteri besar yang akan hadir merasmikan majlis itu.

"Jamil sepatutnya jika mahu mengawal keselamatan, menggunakan Unit Keselamatan Kuin, polis atau pasukan Rela," katanya.

 -- BERNAMA