Pages

Saturday, 16 March 2013

PELAJAR KESAL DIPINDAHKAN KE SEDIM RESORT?

Gambar terkini 16 Mac 2013 (Sabtu) lokasi asrama pasang siap masih hanya konkrit sahaja
16 Mac - Admin menerima email memaklumkan perkembangan terkini pendaftaran pelajar di asrama Kampus Kuala Ketil.Pendaftaran dan penempatan pelajar hari ini nampak sangat lintang pukang dan kelam kabut apabila perancangan diubah pada saat saat akhir.

Pelajar warga asing terutama darpada Afrika telah memulakan proses perpindahan semalam.

Hari ini giliran pelajar warga Malaysia.Pendaftaran bermula jam 9 pagi dan pelajar bersedia untuk memasuki asrama masing-masing yang dimaklumkan di Kuliah Syaraiah dan Kuliah usuluddin.

Namun Dekan HEP , Rohani Desa memaklumkan pihak KUIN membuat perubahan drastik dengan tidak membenarkan pelajar menginap di dalam bilik kuliah kerana bimbang pihak KPT akan mengambil tindakan kerana Jamil sudah janji pada KPT bahawa asrama pasang siap akan siap pada hari ini.

Pelajar dan waris terkejut apabila Dekan HEP isytiharkan penginapan akan berpindah ke beberapa lokasi seperti AlorSetar, Paya Pahlawan Jitra sebelum di tempatkan di  Sedim Kulim, sehingga ada waris yang mengasak dan memarahi JAZAN dan minta JAZAN datang tidur sendiri dengan pelajar untuk ketahui kebajikan mereka boleh dibuat macam -macam.

Waris merasa kecewa dan bimbang keselamatan dan status penginapan anak mereka terutama pelajar yang datang dari jauh.

Pelbagai kata kesat dan kasar dilontarkan oleh waris yang tidak berpuas hati dengan pendaftaran pelajar hari ini dan mereka baru sedar dengan apa yang mereka dengar dalam media dan akhbar mengenai KUIN sebelum ini terjadi kepada diri mereka sendiri

Untuk rekod Jamil sepatutnya lebih bertanggungjawab berada di lokasi kerana janji beliau dengan KPT lah punca apa yang berlaku, namun Jamil tiada dan kini berada si Indonesia.

Tetapi yang jahatnya , Dekan HEP kata semua yang terjadi kerana ada orang lapor kepada KPT.

Mai admin nak jawab kepada Dekan HEP :

1. KPT akan memantau buikan sebab orang report tetapi sebab Jamil dah janji semasa lawatan mengejut KPT minggu lepas bahwa asrama pasang siap akan siap pada 17 Mac.

2. Kenapa tak suruh Mr F gazetkan bilik kuliah sebagai bilik asrama. Kenapa harus keluar pindah ke Sedim Kulim yang jaraknya sangat jauh dari Kuala Ketil.


3. kenapa pindah awal kalau dah tahu asrama tak sempat . Tunggu sahajalah bulan Jun baru pindah, taklaj menyusahkan pelajar dan waris.