Pages

Thursday, 14 March 2013

APA STRATEGI JAMIL GUNAKAN HEP DAN MPM ?


15 Mac - Pihak BERSIH KUIN berasa kasihan kepada MPM yang ibarat dicucuk hidung oleh HEP apabila menjawab isu KUIN dengan tidak mengetahui jalan cerita yang sebenar . 

Dalam kenyataan SINAR hari ini Presiden  MPM mengatakan  :

1. Kemudahan yang disediakan di dalam kediaman sementara adalah selesa 

Jawapan :

-Macaman dikatakan selesa sedangkan pelajar pun belum menetap dan mendiami asrama lagi. 
-Presiden MPM dari pengajian Islam , mana menetap di Kediaman itu pun, cuma baru duduk 2 hari untuk program sahaja.

-Masalah asrama yang bangkitkan KPT bukan soal selesa tetapi peraturan penyediaan asrama sesebuah IPT

2. Berpuas hati dengan penjelasan terhadap isu KUIN oleh pentadbiran KUIN dan tak mahu campur tangan luar :

Jawapan :

- Pihak pentadbiran KUIN yang menyampaikan taklimat semua terpaksa juga turut Jamil walaupun mereka tak puas hati dengan Jamil. Ada sebahagian besar pemberi taklimat adalah kroni yang di bawa Jamil

- Adakah KPT tidak boleh campur tangan , dan adakah KPT orang luar ? MPM KUIN yang dirahmati renungkanlah.

Kami kakitangan KUIN mendoakan agar semua MPM KUIN terus membuat kajian dan pendapat mengenai isu yang berlaku dalam KUIN . Semoga MPM KUIIN dimartabatkan sebagai MPM yang benar-benar matang dalam kepimpinan pelajar bukan dikongkong oleh sesiapa yang tertentu. 

Amiiinn.