Pages

Sunday 3 March 2013

MESYUARAT LEMBAGA HARI INI ADA AGENDA PENTING DARI JAZAN




4 Mac – Hari ini akan diadakan mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN yang akan dipengerusikan oleh Azizan jam 3 petang di bilik Mesyuarat MB Blok A Wisma Darul Aman (Jika wartawan ingin mendapatkan komen JAZAN (Jamil dan Azizan ) bolehlah ke sana).  

Matlamat utama dalam mesyuarat pada hari ini ialah untuk mengesah dan mengguna pakai undang-undang kaedah tatatertib kakitangan KUIN  kerana JAZAN  sudah pening dengan keberanian majority kakitangan KUIN membongkar penyelewengan JAZAN.

Namun mesej yang perlu JAZAN dan kroninya tahu ialah kami tidak sekali-kali akan berundur dari menggempur orang zalim seperti JAZAN  kerana tahu Allah akan bersama kami.

JAZAN boleh buang kami tetapi tidak perjuangan kami.

JAZAN boleh menakut-nakutkan kami , tetapi kami tidak sekali-kali takut berhadapan dengan JAZAN

JAZAN boleh menggunakan kuasa , tetapi kami ada kuasa ALLAH yang Maha Besar.
 
‘LAWAN … TETAP… LAWAN’
‘STAFF IS THE BOSS’