Pages

Monday, 18 March 2013

KAMPUS KUALA KETIL DIKAWAL KETAT

19 Mac, 2.00 pm - TERKINI

Pergerakan kenderaan  masuk ke KUIN di kawal ketat , bimbang 10 OKT KUIN masuk menyelinap pada petang ini. Saya sedang menulis blog ketika ini sudah dapat membolosi beberapa batalion pengawal di pintu hadapan kerana saya masuk menyamar sebagai pelajar dengan menaiki motorsikal.

Bas KUIN yang tiba di pintu masuk diberhentikan pengawal, kemudian pengawal naik buat pemeriksaan setiap individu yang ada di atas bas dengan berpandukan kepada gambar 10 OKT yang dibekalkan kepada mereka.

Gambar 10 OKT juga kelihatan ditampal di pondok guard KUIN Kuala Ketil.

Kelihatan di Dewan Besar KUIN segerombolan kawalan keselamatan oleh Unit Amal PAS dan petugas PAS yang memakai vest bertulis MTD Kual Ketil dan berlambang PAS berada di sekitar Dewan tempat akan berlangsungnya Majlis pada petang ini

Kereta kakitangan yang mempunyai logo BERSIH KUIN diarahkan keluar oleh petugas PAS yang bukan pengawal keselamat KUIN. Petugas yang menghalang kenderaan KUIN  itu memakai vest MTD Kuala Ketil berlogokan PAS.

Sementara itu , juruintip BERSIH KUIN yang berada di Mergong melaporkan , beberpa media sudah masuk ke dalam kampus Mergong dan mengambil gambar kampus KUIN Mergong. Mereka mengetatkan kawalan di Kuala Ketil tetapi tak sedar benteng keselamatan di Mergong sudah dibolosi media.

Ha ha ha , itulah takutnya Jamil, Wan Su Camry dan kroninya kepada 10 OKT ini.

Mereka sanggup buat apa sahaja untuk JAZAN kerana mereka sedar jika JAZAN tumbang mereka pun akan lintang pukang.

Kita tunggu sahaja akan perkara yang melucukan akan berlaku pada jam 3.40 petang ini.

Kami skuad BERSIH KUIN hanya takut pada Allah bukan pada JAZAN dan kroninya.