Pages

Tuesday 12 March 2013

AZIZAN SALAHKAN JKR MALAYSIA , ASRAMA KUIN TAK SIAP


Admin nak cuba bawa pemikiran pembaca terhadap cara berfikir Azizan. baru-baru ini semasa pertemuannya dengan guru KAFA Azizan kelentong dengan katanya :

"Dewan yang tuan puan duduk ini adalah salah satu mercu kejayaan negeri dengan kerjasama pengurusan Insaniah untuk menyediakan sebuah kampus tetap KUIN kepada rakyat Kedah khususnya. Walau pun asrama tak dapat disiapkan lagi atas masalah teknikal kerana akibat runtuhnya Stadium Darul Iman, maka JKR Malaysia mengarahkan menggunakan semua tembaga untuk membaiki runtuhan itu maka asrama kita terpaksa ditangguh dulu"

Pembaca boleh nilai bagaimana Azizan kelentong guru KAFA dengan hujjah seperti budak darjah 1 :
1. Tak buat masjid dalam KUIN, tak salahkan diri sendiri tapi salahkan orang lain (JKR). Suka tuding jari kepada orang lain

2. Apa kaitan KUIN dengan Stadium Darul Iman. Masjid KUIN ada dalam budjet dan dibuat awal daripada isu keruntuhan stadium 

3. Kolot sangatkah guru KAFA sehingga bohong yang tak masuk akal bahawa semua tembaga nak kena bawa ke Terengganu. Macamlah Malaysia ni papa kedana sangat .

Itu lah Tuan-tuan dan Puan-puan , cara pentadbiran JAZAN dalam KUIN. Tuan-Puan fikir sendirilah.