Pages

Tuesday 12 March 2013

EMAIL PEMBACA LAHIRKAN KESAL JAMIL TUDING JARI KESALAHAN SENDIRI

Kesiannnnn.. nampaknya Jamil telah benar-benar pening akibat didenda RM272 ribu oleh KPT kerana mengatakan bahawa pelajar-pelajar wajib lulus STAM sebelum boleh menyambung pengajian di KUIN adalah satu peraturan baru.  Sedangkan mulai batch pertama pelajar yang memulakan sesi pengajian 1995/1996 adalah diwajibkan mengikut syarat kemasukan untuk mengikut program pengajian  Sarjana Muda (Usuluddin, Syariah, Bahasa Arab) LULUS Sijil Tinggi Agama Islam Malaysia (STAM).

Kenapa Jamil menyatakan KUIN terlepas pandang?  Kenapa tak kata Rektor menggunakan kuasa veto kerana walaupun telah dinasihati oleh pegawai yang arif tentang undang-undang bahawa penawaran tempat pengajian kepada pelajar-pelajar KIDU adalah menyalahi syarat kemasukan yang diluluskan oleh KPT, tapi jawapan Rektor tak apa, kita boleh buat duit kalau tawar kepada mereka untuk belajar  di KUIN.  

Kenapa dari 1995 sehingga awal 2008, tiada sebarang denda yang dikenakan oleh KPT kepada KUIN?  Jawapannya pengurusan pentadbiran dulu sentiasa mengikut garis panduan dan peraturan KPT sebelum mengambil sesuatu tindakan, menghubungi pegawai KPT yang berkaitan untuk mendapat khidmat nasihat, kerana kami mengamalkan 'prevention is better than cure'.

Nampak sangat kedangkalan ilmu pengurusan sebuah IPT oleh Jamil kerana menyamakan denda KPT  dengan denda salah parking kereta (seperti di dalam kenyataan akhbar NSTP 12 Mac 2013 halaman 28).  

Kalau denda salah parking kereta 272 ribu adakah Jamil akan  parking kereta di tempat yang salah?  Kami takut wang yang sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara yang wajib tetapi digunakan untuk bayar denda saja. Kami tidak mahu nanti di hari penghisaban kami dipersoal oleh Allah SWT atas kesengajaan walaupun tahu bahawa itu adalah satu kesalahan.

Sebab itu lah dalam pentadbiran kena ada istiqamah, bukan mudah menjadi seorang ketua jabatan
kerana di dalam Perlembagaan Kolej Universiti Insaniah :

Bahagian ll - Pegawai-Pegawai Kolej  Universiti  Perkara 11. Rektor dan Timbalan Rektor (4) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, Rektor hendaklah menjalankan pengawasan am ke atas segala perkiraan mengenai pengajaran, penyelidikan  kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib di Kolej Universiti dan boleh menjalankan apa-apa kuasa lain yang diberikan kepadanya oleh Perlembagaan ini, mana-mana Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan.

Peruntukan ini diadaptasi dari Perkara 33, Akta 555 (Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996) bagi  dipadankan pengurusan KUIN sebagai sebuah IPT yang tertakluk di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Nasihat kepada Jamil-- cukup-cukuplah berbohong kerana berbohong sifat orang munafik dan Allah
tidak akan pandang dengan pandangan rahmatNya.  Sudah dihujung usia, apakah amalan telah cukup
untuk dihisab dan ditimbang.  

Surat tunjuk sebab telah dihantar kepada Pendaftar lebih awal walaupun diberi tempoh 14 hari.  Sehingga 13 Mac 2013, caruman kepada KWSP sebahagian staf hanya dijelaskan sehingga Ogos 2012, kami telah kerugian dividen. 

Kewangan  KUIN dibazirkan untuk perkara-perkara yang tidak perlu, ingatlah bahawa membazir itu amalan syaitan. Kebajikan staf tidak dijaga, Majlis Bersama Jabatan yang merupakan saluran staf menyuarakan pandangan untuk tujuan pengurusan pentadbiran yang lebih cekap dan amanah telah dimansuhkan.