Friday, 8 March 2013

BERSIH KUIN DEDAHKAN FAKTA BETUL DAN SEBENAR KEPADA PENDUDUK SUNGAI LIMAU


Pentas Bersih Kuin yang dianjurkan oleh skuad Bersih Kuin telah mula membuka mata masyarakat mengetahui isu sebenar Kuin. Jika sebelum ini umum hanya mengetahui isu Kuin melalui dada2 akhbar kini mereka dapat maklumat secara terus menerus dari staf Kuin sendiri.

Setelah dua siri jelajah yg diadakan iaitu di Jalan Suka Menanti dan terbaru di Padang Lumat rata2 masyarakat yang ditemui selepas majlis tersebut menyedari hakikat sebenar perjuangan skuad Bersih Kuin bukan bermotifkan politik sebaliknya memperjuangkan hak dan mencegah penyelewangan yang berlaku di dalam kuin yang dipimpin oleh Jamil Osman.

Mereka yg hadir ke pentas Bersih meminta skuad Bersih untuk terus berjuang dan mereka akan teguh dibelakang skuad Bersih. Mereka telah mengetahui hal sebenar yg berlaku di dalam Kuin yang ditutup rapat oleh Azizan yang mengatakan tiada masalah di Kuin. Skuad Bersih akan terus berjuang dan akan terus menjelajah untuk memberi penerangan yang betul dan sebenar.