Pages

Friday 1 March 2013

ISU TURUN PANGKAT DI UNISEL : MARI LIHAT PENGALAMAN DATO' L DI UNISEL

3 Pegawai UNISEL Turun Pangkat



Lembaga Pengarah dipengerusikan MB lulus pertukaran ke jawatan lain

8 orang kakitangan KUIN bakal dikenakan tindakan tatatertib yang dikeluarkan surat oleh Dato Latifah , Pendaftar (Dato L). Siapakah Dato L ? Apa pengalaman beliau di Unisel dalam isu kakitangan ? Saya bawakan kepada anda artikel yang pernah membongkarkan isu dalaman UNISEL sehingga 3 orang pegawai dikenakan tindakan tatatertib diturunkan pangkat ! Baca artikel di bawah :

Tiga individu di Universiti Selangor (UNISEL) yang dilucutkan jawatan sehingga membawa kepada peletakan jawatan Naib Canselornya, Datuk Dr Rosti Saruwono sebagai tanda bantahan terhadap tindakan itu, sudah ditukarkan ke jawatan lain.

Menurut sumber, Rokmaa Mat yang memegang jawatan Pendaftar UNISEL sebelum ini hanya dipinjamkan ke jawatan berkenaan dan akan bertugas seperti biasa di Yayasan Selangor.
Khalifah diturunkan pangkat sebagai pensyarah kanan di Fakulti Perniagaan dan Halid menjadi pensyarah biasa di fakulti sama. Kedua-dua mereka ini sudah mendapat surat pertukaran. – Sumber
Dua lagi individu iaitu Dekan Fakulti Perniagaan, Prof Dr Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah pula diturunkan pangkat berkuatkuasa serta merta.

“Khalifah diturunkan pangkat sebagai pensyarah kanan di Fakulti Perniagaan dan Halid menjadi pensyarah biasa di fakulti sama. Kedua-dua mereka ini sudah mendapat surat pertukaran,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Berita Minggu difahamkan, perkara itu diluluskan oleh Lembaga Pengarah UNISEL yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengarah universiti berkenaan.

Pada 3 Ogos lalu, Dr Rosti meletak jawatan sebagai membantah pelucutan jawatan tiga individu di universiti berkenaan tanpa diberi surat tunjuk sebab dan peluang membela diri.

Menurut satu kenyataan untuk edaran dalaman UNISEL, keputusan Dr Rosti itu dibuat kerana memorandum yang dihantar kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dianggap memfitnah Dr Rosti dan tiga individu terbabit.

Memorandum bertarikh 16 Mei itu turut ditandatangani Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Zainal Abidin Kidam; Prof Dr Anuar Ahmad (TNC Akademik), Prof Ir Dr Mohamed Daud (TNC Perancangan Strategik dan Pembangunan) dan Datuk Latifah Hassan (Naib Presiden Perkhidmatan dan Pengurusan).

Ekoran itu, Lembaga Pengarah UNISEL melantik Dr Anuar Ahmad sebagai Pemangku Naib Canselor universiti itu bagi menggantikan Datuk Dr Rosti Saruwono yang meletakkan jawatan.