Pages

Friday 15 March 2013

AZIZAN KAITKAN ASRAMA DAN STADIUM DARUL IMAN UNTUK TUTUP KELEMAHANNYA


Sumber :
Alor Setar: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, diminta berhenti daripada terus menjadikan kejadian runtuhan Stadium Darul Iman di Terengganu sebagai punca asrama Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil, Sungai Petani, gagal disiapkan mengikut jadual.

Penolong Pendaftar Kanan KUIN, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim, berkata pihaknya percaya tindakan Azizan itu untuk mengalih perhatian umum daripada terus melihat kepincangan yang berlaku dalam kolej universiti itu sebagai simbol kegagalan beliau dan jentera pentadbiran KUIN.
Katanya Azizan mendakwa kelewatan pembinaan asrama pelajar di kampus KUIN Kuala Ketil berpunca daripada masalah teknikal akibat runtuhnya Stadium Darul Iman, menyebabkan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengarahkan semua tembaga digunakan untuk membaiki runtuhan itu, sehingga pembinaan asrama KUIN terpaksa ditangguh.

Jika nak dikaitkan dengan runtuhan 2013 sekali pun, ini lagi tidak logik sebab bangunan KUIN sudah siap dibina... takkan baru nak bincang mengenai spesifikasi bahan binaan” Muhammad Azki Hafizi Ibrahim, Penolong Pendaftar Kanan KUIN

Tidak logik

Beliau berkata, perancangan pembinaan dan pelan kampus KUIN Kuala Ketil sudah bermula seawal 2009 dan di dalam pelan asal kampus Kuala Ketil, masjid serta asrama adalah termasuk di antara kemudahan yang akan dibina oleh Kedah Sato Sdn Bhd (Kedah Sato).

“Runtuhan bumbung Stadium Darul Iman pula berlaku kali pertama pada Februari 2009 dan kali kedua pada Februari tahun ini.

“Fakta tarikh itu membuktikan perancangan awal pembinaan asrama dan masjid KUIN sudah mengambil kira kos dan spesifikasi bekalan serta bahan binaan. Malah, perjanjian pinjaman kewangan sudah dilakukan pada Februari 2010, sedangkan runtuhan kali pertama hanyalah pada awal 2009. 

“Jika nak dikaitkan dengan runtuhan 2013 sekali pun, ini lagi tidak logik sebab bangunan KUIN sudah siap dibina... takkan baru nak bincang mengenai spesifikasi bahan binaan,” katanya, semalam.



Portal rasmi kerajaan negeri Kedah melaporkan Azizan menuduh Stadium Darul Imam sebagai punca kelewatan pembinaan asrama KUIN di kampus Kuala Ketil, sehingga menyebabkan pelajarnya menerima kesan.