Pages

Saturday 23 March 2013

FARID DIPECAT 24 JAM : SKUAD BERSIH AKAN BERTINDAK TEGAS

En Mohd Farid Alias, Pensyarah Hospitality telah dikeluarkan surat memberhentikan perkhidmatan beliau secara serta merta berkuat kuasa dalam tempoh 24 jam bermula 18 Mac yang lalu.

Pihak skuad BERSIH KUIN sengaja menunda isu pemecatan ini bagi memberi tekanan kepada JAZAN.

Setelah meneliti kepad dokumen rasmi yang dimiliki oleh En Farid sepanjang beliau berkhimat di KUIN , beliau berada pihak yang benar dan beliau telah dinasihatkan oleh beberapa peguam untuk mengambil tindakan kepada pihak KUIN. Strategiknya tak boleh diceritakan di dalam blogi ini .

Apa yang menarik di dalam pemecatan En Farid ialah :
- Farid ditwar dan dilantik oleh Kolej Universiti Insaniah dan surat lantikannya di tandatangani oleh Pendaftar KUIN (pada ketika itu haji Najib). 
- Di dalam surat perlantikan tersebut dinyatakan bahawa Farid diserapkan ke Insaniah Holdings Sdn Bhd. untuk diletakkan di bawah Insan Hospitality Sdn Bhd.
- Beliau ketika diserapkan ke Insaniah Holdings Sdn Bhd tidak menerima apa-apa lantikan dan terma berkaitan daripada Insaniah Holdings Sdn Bhd.
- Tiba-tiba , disebabkan Farid kerap membongkarkan penyelewengan jamil dan kroninya, Insaniah Holdings yang keluarkan surat berhenti.
- Kuasa melantik adalah KUIN, kenapa kuasa memecat dirampas oleh Holdings.
- Ini mengesahkan bahawa surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada 10 OKT boleh dikatakan seperti berikut:

1. KUIN memang belum ada peraturan yang diluluskan oleh mana-mana badan berkuasa untuk bertindak.
2. Surat tunjuk sebab hanya untuk menggertak staff
3. Farid dah hantar tunjuk sebab , kenapa tidak dibuat prosuder tataterib seperti biasa dengan membuat pertuduhan dan jawapan balas bagi membela diri... mana SOP kepada tatatertib.
4. Kenapa pecat Farid seorang sahaja, rakan kami yang 9 orang lagi tak berani keeeee ????