Pages

Thursday 14 March 2013

PANEL KLINIK TAK DIBAYAR HUTANG DARI TAHUN LALU, BAKAL MENAMATKAN PERKHIDMATAN PANEL

15 Mac - Beberapa panel klinik KUIN bakal menarik balik perkhidmatan panel klinik terhadap kakitangan KUIN kerana kegagalan KUIN mambayar hutang tertunggak sehingga mencecah hampir 40,000 sebuah panel klinik.

Mereka telah menulis surat rasmi kepada KUIN menuntut  pembayaran yang tertunggak daripada tahun lalu, jika gagal hari ini merupakan hari terakhir perkhidmatan panel diberikan di beberapa panel klinik. 

Ada yang menelefon pihak Jabatan Bendahari mendesak agar dibayar segera hutang-hutang yang tertunggak dari tahun lalu.

Tindakan KUIN memandang remeh dengan usaha membayar hutang tidak sepatutnya dijadikan teladan kepada pelajar-pelajarnya yang sering didesak untuk bayar hutang pengajian.

Ini juga boleh menjatuhkan nama dan imej KUIN serta menambahkan lagi sengsara kakitangan akibat panel klinik menamatkan perkhidmatan mereka kepada kakitangan KUIN.