Pages

Tuesday 5 March 2013

DARUL QURAN NAIK TARAF UNIVERSITI, KUIN MUNGKIN KENA TURUN TARAF SEBAB KELUARKAN TAHFIZ QURAN KE YAYASAN


Terasa seronok bila institusi agama dan al Quran dijulang.

Namun rasa sedih kerana ia tak berlaku dalam KUIN. Darul Quran akan dinaikkan taraf kepada Kolej Universiti, sebaliknya krisis dalaman kepincangan pentadbiran Jamil mungkin menyebabkan KUIN akan diturunkan taraf kepada institut/ kolej sahaja dek penipuan berleluasa.

Baca artikel ini :

Darul Quran dinaik taraf kolej universiiti - PM

KUALA LUMPUR 5 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju untuk menaik taraf institusi tahfiz, Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kepada Kolej Universiti Al-Quran.

Perdana Menteri berkata, ia adalah antara lapan perkara sebagai langkah tambahan kerajaan untuk terus memperkukuhkan agenda memakmurkan negara dan mengislah ummah.

"Di Malaysia, sejak tahun 1966, kita amat beruntung kerana memiliki sebuah institusi tahfiz terulung iaitu Darul Quran Jakim untuk memberi peluang kepada anak-anak kita menghafaz serta mengkaji ilmu-ilmu Al-Quran secara sistematik," katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis Perhimpunan Perdana Ulama-Umara dan Asnaf di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini hari ini.